Pengalaman Bersalin Kali Ke 3 - Finale

Kemudian bidan & nurse pun ambil baby utk dibersihkan dan habi mengikut mereka keluar. Pastu aku pun pelik eyh kenapa tak tidur lagi ni? Pengalaman 2 anak sebelum ni, aku akan ditidurkan semasa proses menjahit berjalan. Kiranya bila sedar je dah bersih semuanya siap pakai pad. Kali ni siap boleh jawab pertanyaan Doc F samada rasa sakit ke tak bila dijahit tu dan sebagainya. Memang boleh rasa bila jarum dicucuk ke daging tapi tak sakit sangat pun. Bila benang ditarik pun boleh rasa tapi tak sakit juga. Pasal sebelum tu doc dah bius lah. Pernah baca pengalaman org lain kat hospital gov dijahit tanpa dibius. Cuma hidu gas katanya. Ada yg gas pun takde. Ya Allah, macam manelah rasanya tu yer. Tak nak bayangkan pun. Seriau.

Doc F habis jahit dalam masa 5 minit gitulah. Aku rasa macam 2 kali jalan jahitan. Dari atas ke bawah dalam 5 jahitan & bawah ke atas lagi 5 jahitan. Tak pasti sangat tapi tertanya jugak banyak kot kena jahit ni. Habislah kang bius dah hilang mesti rasa denyut denyut kat jahitan tu tak boleh tidur. Tu jelah yang terlintas kat otak masa tu. Takpelah, nak buat macam mana kan. Hadap jelah. Yang penting semuanya dah selamat.

Selalunya bila ditidurkan masa dijahit, 1 jam selepas tu kita akan tersedar & nurse akan bagitau bila rasa dah ready nak bangun dari katil tekan bell & dia akan datang dgn wheel chair utk ke bilik. Kali ni lepas siap dijahit, dibersihkan & dipakaikan pad, aku dibiarkan berehat lama dalam LR. Setiap 1 jam nurse datang check my blood pressure. Pukul 6 petang bersalin, pukul 10 malam last BP reading aku diambil. 

Lepas last ambil BP, datang bidan baru yg muda cakap nak check my pad. Dia kata darah masih mengalir. Sepatutnya dah berhenti ni. So dia kata nak seluk kat bawah tu utk check rahim. Sambil tekan rahim dari atas perut, sambil dia godak kat bawah tu dengan jarinya. Senak mak oiii huhuhu. Menahan napas tak sudah aku. Nasiblah jarinya kecil je. Takde seriau sangat. Bila dia godak tu boleh rasa ketul-ketul darah keluar dari rahim. Banyak kata bidan tu. Almost 15 minutes jugaklah dia godak tu. Katanya orang ada masalah high BP selalu kena mcm aku ni. Dia kata mcm bleeding lah. Oh ini ke yg dikatakan bleeding? Ingatkan bleeding tu darah mengalir tak berhenti bukan darah beku dlm rahim gitu. Masa pregnant Naurah & Nazif takde pulak aku kena gitu walhal high BP jugak. Entoh.

Then bidan pesan kalau lepas ni rasa darah mengalir banyak sangat & pad penuh cepat, rasa nak pitam dsb, bagitau nurse bertugas cepat. Takut masih ada lagi sisa darah beku tu belum keluar habis. Baiklah bidan. Terima kasih ye. Rasa lega sangat perut bila darah beku tu dah keluar semuanya. Alhamdulillah. Sebelum bidan shift baru ni sampai, sempat aku minta maaf & terima kasih pd bidan yang assist aku masa nak bersalin. Dia jugalah yang bersihkan uri baby bungkus dalam napkin. Pil bawa balik tinggal tanam aje. Memudahkan kerja. 

Akhirnya pukul 10.20 malam barulah aku dapat masuk ke bilik. Nampak habi dah sudah mandi. Dia kata Pil & anak-anak balik pukul 9.30 tadi. Lepas diorang balik barulah dia dapat mandi & berehat sekejap. Pukul 11 malam gitu nurse sorong baby masuk bilik suruh breast feed, Kalau nak suruh ambil baby dia suruh tekan bell. Tak boleh tidur aku malam tu sampai ke pagi. Tidur ayam sekejap-sekejap gitu jelah. Baby ada dgn aku sampai 5 pagi sblm nurse datang bawa masuk ke nursery room. Lepas tu barulah dapat tidur lama sikit sebelum tersedar kejut habi solat Subuh. Kesian dia teman aku tido atas lantai. Lupa bawa toto. Nasiblah lantai kayu bukannya mozek. Takdelah sakit badan & sejuk sangat kan.

Amazingly tak rasa sakit denyut pun luka jahitan. Boleh duduk atas toilet bowl mcm biasa, kencing & tukar pad. Syukur. Nampaknya sikit je kena jahit tu. Lebih kurang masa Nazif je. Lega banyak. Selesai mandi, pukul 9 pagi Doc F datang check jahitan & katanya tak bengkak pun. Boleh balik. Yahoo!! Tapi dia kata dah sebulan nanti kena datang jumpa dia pasal nak tengok BP aku macam mana. So 18/12 nanti kenalah datang jumpa dia. Nak diskas pasal family planning sekali huhu.

Dekat pukul 2 petang barulah segala urusan pembayaran bil selesai & kami pun balik ke Semenyih rumah PIL untuk memulakan sessi berpantang. The End.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat