Pengalaman Bersalin Kali Ke 3

Sepatutnya hari Rabu yg kena serah diri tu kena berada kat Annur pukul 7.30 pagi. Tapi kami sampai lambat sejam plus minus gitulah. Habi lalu jalan biasa, Ade jem skek kat area Kajang so it took us about 40 minutes to Bangi. Sampai je terus ke Kaunter Pendaftaran bagi form kemasukkan ke wad utk bersalin induce yg nurse bagi masa last check up hari Jumaat sebelumnya.

Nurse kata diorang reserved kan aku bilik Single Standard berharga RM195 per night. Kemain dah macam duduk hotel yer hehe. Mmg impian aku pun kali ni kalau boleh nak duduk bilik single utk memudahkan banyak benda. But it depends on habi's approval jugalah whether we can afford it or not. Alhamdulillah habi kata proceed. So deposit kena bayar sebelum warded cost us RM2,500. Gulp telan ailio jap. Habi, sila settlekan. Mwahahaha.

Then nurse pun bawa naik Floor 2 terus ke bilik. Memula aku & habi nak turun balik pasal belum breakfast. Sekali nurse tak bagi daa pasal nak cepatkan prosedur induce aku pasal datang 'on time' sangat khennn. Haha. Padan muka. So aku soh habi jelah g bekpes & tapaukan anything utk aku. Padahal x perlu pn tapau pasal tak lama lps tu ade staf datang hantar breakfast yg dah termasuk dalam pakej bersalin kat Annur.

Lepas tukar uniform hospital, tak lama lepastu bidan datang nak check bukaan jalan. Bila check dia kata dah buka 2cm. Wow really? Syukur. It means baby pun dah ready nak keluar masa tu. So bidan call Doc F nak induce jugak ke mcm mana. Of course la kena induce jugak kan. Then bidan masukkan Pitocin kat bawah tu at 10.20am & aku disuruh berbaring terlentang selama 1 jam tak boleh bergerak mana-mana. Takot ubat tu terkeluar kot. Sebbaek la ada henfon boleh lagi borak dlm grup wasap supaya tak terasa sangat masa berlalu dengan perlahan.

Tak lama lepastu dah start rasa mild contraction. Aku guna apps Contraction Timer kat henfon & the interval around 1pm dah 5 minit. Wahh...boleh tahan jugak cepatnya. Tulis kat grup wasap hrp bile bidan check jalan dah 5cm open hehe. Berangan. Dlm 1.30pm gitu bidan datang & check jalan, dia kata dah 5cm. Oh man. Patut aku mintak 8cm tadi haha. Alhamdulillah happy sangat masa tu thinking only another 5cm before I can push the baby out. Tak lama dah ni. InsyaAllah.

Sakit contraction masa tu bearable lagi lah. Masih boleh senyum. Tak sangka jugak 5cm dilated relax gitu lagi. Ohh lupa nak bagitau lepas masuk Pitocin tu dapat 2 kali aku habiskan baca Surah Maryam dgn harapan dipermudahkan utk bersalin. Sekali aku baca terjemahan dlm BM & kali kedua aku turut sama baca dengan qari Sheikh Sudais in Arabic. Habi all the time mmg ada dengan aku. Keluar utk solat kat Masjid depan hospital & makan je. Thank you for being there for me. Rezeki Allah bagi kelapangan masa utk kami dapat bersama di setiap sorang kelahiran anak kami. Thank you Allah.

Suddenly aku teringat kes viral pasal org bersalin kat Hosp Sg. Buloh. Menahan contraction beramai-ramai di kerusi menunggu ada katil kosong & Labour Room kosong. Ya Allah, tabahnya mereka semua. Membandingkan dengan keselesaan yg aku nikmati terasa betapa perlunya aku bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. 

Kepada para suami & isteri, sekiranya anda boleh usahakan utk bersalin di hospital swasta dengan doktor muslimah, tolonglah usahakan. Its not all about the same pain that every woman in labour have to go through. Its about your honour as a muslim woman most importantly. Sebab yang selebihnya adalah untuk keselesaan & layanan yang menyenangkan hati. Ianya pengalaman yang berbekas di hati hingga akhir nyawa. Kalau boleh aku taknak ada pengalaman tak best macam kes yang terjadi di HSB tu ketika nak bersalin. Kalau boleh nak kenangan yang indah-indah je sebab sakit bersalin tu memang dah pasti. Tak perlu nak tambah pasal sakit hati & stress lagi pada waktu tu.

Tak dinafikan bukan semua orang berpengalaman yg pahit spt kat HSB tu. Ada je yang beruntung mendapat layanan yang baik dr semua pihak. Dapat juga bersalin dgn doctor & nurse perempuan semuanya. Semuanya bergantung kepada rezeki dari Allah. Cuma sebagai manusia kita disuruh berusaha utk mendapatkan sesuatu yang kita mahukan. Selagi boleh usaha, kita usaha. Kalau dah tak boleh sangat, barulah kita berserah diri. Bukankah memang konsepnya begitu? Terpulanglah. Ini cuma pandangan peribadi aku je. No offence. Its your life, its your choice.

OK melalut banyak pulak. Sambung balik pengalaman sendiri. Lepas bidan check dah 5cm, terus dia suruh nurse book Labour Room. Lepas tu masuk ubat berak pulak. Dah siap membuang, nurse bawa wheel chair sorong turun Floor 1 aka Labour Room. Masa Naurah & Nazif aku dapat bilik LR 1. This time dapat LR 2. A new view & I love it ;) Masuk LR tu dalam pukul 3 petang. Kat situlah melayan contraction yang makin hebat & bila bidan check pukul 4 lebih mcm tu, baru bukaan nak ke 7cm. Homaiii, nape lambat pulak ni? Sakit dah makin hebat. Sedih skek masetu hehe. Pukul 5 lebih macam tu Doc F datang & buat VE lagi. 7 cm she said & she's going to pecahkan air ketuban to speed up the opening. Dia kata lepas pecah ni lagi sakit. Sabar ye sayang. InsyaAllah doctor ;)

To be continued....

Hehehe. Bagi aku mandi jap =P



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat