Skip to main content

1 Bulan

Alhamdulillah hari ni genap Nadim Zayydan 1 bulan usianya. Moga dia terus membesar dengan sihat & sentiasa dalam perlindungan Allah. Ya Allah, tolong jagakan kesemua anak-anakku. Tiada sebaik pelindung melainkan Engkau.

Ini bermakna ada sebulan je lagi sebelum naik kerja. Sama mcm kakak & abangnya, Nadim pun akan start ke taska by the age of 2 months old. Yer memang kecil lagi sangat kan? Tapi nak buat macam mana. Tawakkal ajelah pada Allah sambil berdoa semuanya baik-baik saje. Tak kira siapa pun yg menjaga anak kita waima diri kita sendiri sekalipun, apa saja boleh berlaku jika diizinkan Allah. Sebab tu kena ada konsep doa & tawakkal dalam kehidupan kita.

Lepas ni akan bermula rutin baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Tak dapat bayang lagi rutin yg macam mana. Bab paling bermasalah ialah bab makan. Aku berazam nak buat bekal bekpes setiap hari utk semua. Ape yg boleh kita jimat, buatlah. Nak dgn tak nak je. Plus aku pun kena start diet healthy food. Mmg target nak jaga kesihatan lepas bersalin kali ni. No turning back.

Masalah utama bab dinner sbb sampai rumah sllunya lewat dalam pukul 6.30 - 7.00 malam. Sllunya mmg kami tapau je foods. Nak jimat masa sbb lepas mandi solat etc boleh spend time dgn anak-anak pulak sblm semuanya tidur. Berapa jam je pun dapat spend kan. Sedihnya lahai. What to do? Itulah yg terpaksa dilepaskan oleh ibu bapa yg bekerja. Kalau sorang je kerja, tak dapat hidup selesa pulak. 

Aku willing je nak hidup susah skek if dpt jadi housewife uruskan hal rumahtangga. But since habi tak kompiden boleh tanggung sorang perbelanjaan keluarga, kenalah aku bekerja jugak. Bestnya kalau dapat kerja half day pastu gaji sama mcm skrg hehehe. Too good to be true eyh =P

Ah life. Its all about choices that we've made. 

Agaknya tepat ke tak eyh pilihan yg aku & habi buat skrg? Allah redha ke? Hmm..entahlah. Perintah suami kena ikut selagi tak menyalahi perintah agama. Aku bekerja semata mata nak bantu ekonomi keluarga je. Takde pun impian nak pangkat tinggi or gaji besar. Asal dpt bantu laki je. Aku rasa takde yg salah pun tentang itu. Kan?

Entahlah. Biar Allah jelah yg menghakiminya. Dia yg lebih tahu.

Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…