Bentan

Tak best betul entry takde gambar. Sorry la ye tak dapat nak show off muka Nadim kat sini. Kena tunggu naik kerja nanti kot. For the time being bertahan jelah korang dengan entry bertulisan saje kat sini. Itu kalau korang rajin nak membaca lah. Tak rajin kalu g la jalan blog lain hehe.

Jumaat depan habi cuti sempena Bday Sultan Selangor. So aku pun try la ajak dia balik rumah BBST kejap dengan budak-budak. Bagi my in laws bernafas skek kat sini. Penat kot jaga org berpantang & dalam masa yg sama nak melayan karenah 3 cucu yang macam-macam tu kan. At the same time aku pn dapat la keluor tengok dunia luor skek drp dok terperap dlm bilik ni ha. Lemau sangat dah rasanya. Kalau org kata berpantang tu 44 hari, ada lagi 28 hari lagi aku kena lalui. Perghhh.

Kadang nak rasa masa tu cepatlah berjalan biar Nadim tu cepat skek besornya. Senang skek nak jaga. Kecik sgt ni mcm fragile sangat kadang takut tercuai ke ape kan. Seram mak. Dah anak 3 pun masih takut macam-macam tau. Tak pernahnya aku rasa kompiden jaga baby ni. Maklumlah aku cuma manusia biasa. Biasalah kalau ada salah silap tu kan.

Kadang pulak rasa nak janganlah masa cepat sgt berlalu. Ini bila fikir masa utk naik kerja sudah sampai. Malas sangat nak pergi kerja taw. Cuma kali ni bila naik keje nanti ada benda yg berbeza. Mungkin bos lama masih ada so kena hadap dia sama & bos baru yg akan ambil tempat bos lama pun kena hadap sekaligus. Camne ntah gayanya tuh. Tak dapat nak imagine lagi. Sebelum naik keje wajib riki dengan office mates lain tentang bos baru. Ya Allah, harap sangat orangnya much better than the previous one. At least jenis yang memahami tentang hidup berkeluarga bab anak sakit dsb. InsyaAllah. Try to be positive.

Bermula lagi fasa kehidupan baru utk aku & habi. Now with 3 kids. New year is coming & new challenges are waiting for us. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Rahmati kehidupan kami sekeluarga & jagalah kami sampai bila-bila. Tahun 2016 aku jangkakan sangat mencabar terutamanya dari segi kewangan. Cost of living meningkat mendadak sekali. Moga kami dapat menguruskan semuanya dengan baik. Murahkanlah rezeki keluarga kami ya Allah.

Oh ye. Semalam aku bentan kot. Badan sakit-sakit seram sejuk. Agaknya badan tak tahan mandi air sejuk waktu pagi selama bbrp hari. Bukan ape, aku taknak susahkn MIL hantar air panas kt atas turun naik tangga. So bajet badan dah kuat mandilah air biasa. Rupanya badan tak tahan. Merasa lah bentan haa. Kali kedua rasa selepas yg pertama masa bersalinkan Naurah. Masa Nazif eventho aktif ulang alik hospital kes jondis breastfeed OK lah pulak. Pelik kan? Hehe.

Start semalam dah pakai stokin semula. Culas betul aku ni bab pakai stokin. Ape nak jadi tah. Dh terkena baru hegeh-hegeh berstokin balik. Tau pun serik kan? Haha. Padan muka aku. Merasa kena bebel dlm grup wasap blogger. Kofkoff. Thanks guys, Rasa disayangi tetibe. Puihhh. Hahaha =P

Till then...daaaa...




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat