Bulan Terakhir Tahun 2015

Ya Allah...dah masuk bulan terakhir dah kite pada tahun 2015 ni. Pantasnya masa berlalu sekarang ni. Naurah pun dah nak masuk 6 tahun usianya. Aku pun dah ada anak 3. Macam tak percaya tapi kena percaya jugaklah kan?

Tahun 2016 pastinya tahun yang penuh mencabar buat kami sekeluarga. Dengan pertambahan ahli keluarga baru, dengan kenaikkan taraf hidup yang makin melampau, semuanya perlu di atur dengan teliti kalau taknak berdepan dengan sebarang masalah terutamanya bab kewangan.

Aku juga ada target utk diri aku sendiri. Pastinya berkait dengan bab ibadah kpd Allah & penambah baikkan diri sebagai seorang isteri, ibu, anak, kawan & pekerja. Masih banyak ruang kosong yang perlu diperbaiki. InsyaAllah moga diberi peluang.

At the moment aku masih di rumah in law, Semenyih. Looks like we will be here for quite some time. At least until my next follow up with gynae on the 18th. I don't want to think too much. Its easier for habi if we stay here rather than going back to our house at BBST. Tak runsing dia memikirkan how I can manage the house & the childrens all by myself with my still on berpantang condition. Here, my in laws boleh tolong tengokkan budak-budak & I can concentrate more on baby.

Ehh...aku tak announce lagi nama baby kat sini eyh? Haha. How can I forgot. Sabar jelah. Nama anak ketiga ni as usual akulah yg mencarinya & present kat habi. Dia cuma bagi approval aje. Senang tak payah nak gaduh bab nama anak. Pilihan nama yg aku buat pastinya yg ada maksud in Arabic. Dgn harapan nama yang maknanya elok dibawa sekali dgn keperibadian anak yg bagus. InsyaAllah.

NADIM bermaksud TEMAN

ZAYYDAN bermaksud PERKEMBANGAN

Tak lari dengan trademark NZ. Senang nak tau adik beradik hehe. 

Hari ni genap usia Nadim 2 minggu. Jaundis ada tapi tak seteruk Nazif dulu walaupun darah mereka sama iaitu O. Alhamdulillah. Next follow up will be this Sabtu with Dr. Arbaiyah. Follow up Naurah on HSP lagi sebulan. To date agak lama dah penyakit tak menyerang. Harapnya memang takkan serang dah. Amin.

Thats all for today. I need to sleep. Zzzzz





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat