Layak Ke?

Manusia akan lalui 4 alam. Alam rahim, alam hidup didunia, alam kubur & alam akhirat. Lately dikejutkan dgn kematian 2 insan yg dikenali oleh byk lapisan masyarakat. Yus Jambu Raja Lawak & Tunku Jalil anak ke 4 Sultan Johor. Agak terkesan dgn pemergian mereka. Sesungguhnya mati itu pasti bg setiap makhluk yg bernyawa. Siapakah yg tak takut pd mati?

Org yg x takut mati adlh org yg sentiasa mempersiapkn dirinya dgn bekalan semasa di alam kubur & alam akhirat nanti. Yang x lalai dgn kehidupan dunia. Alangkah beruntungnya mereka yg sedemikian.

Aku x tau bagus ke x aku fikir mcm ni. Tapi aku mmg merasakan diri aku malang sbb dilahirkan sbg manusia sbb aku dipertanggung jawabkan ats perbuatan aku didunia ni. Kan best klu jd burung ke pokok ke. Takde hisab.

Kat dlm kubur nanti dh kena hisab. Kalau kubur tu nmpk tmpt kt akhirat sok Syurga xpe jgk. Buatnya Neraka? Dalam kubur nti kita sorang je kan. Entah gelap entah terang. Takut klu fikir. Masetu dh x boleh buat apa pun. Terima jelah balasan dr apa yg kita kerjakan masa hidup kt dunia dulu.

Berapa ramai agaknye manusia yg mintak pd Allah dihidupkan semula selepas mati agaknya kan? Semuanya nak dapat peluang kedua kononnya if hidup boleh la tekun beribadah kpd Allah sehabis daya. Dalam Quran pn Allah ada bagitau pasal ni. Tapi manakan ade second chance gtu. Agaknya Allah tau if hidup pun at the end nanti tak tekun jugak gaknye. Dia yg ciptakan manusia, of course Dia tahu segala kelemahan kita. Cakap je beriya tapi sudahnya kelaot jugak. Bukan senang nak capai taraf orang soleh ni. Tak ramai pun kt dunia ni....

Harap sgt dpt mati dlm keadaan husnul khatimah. Yang baik. Siapa yg x mengharap sedemikian kan? Tapi ibadahnya pd Allah x meningkat jugak. Apelah nak jadi....

Dlm hati ni selalu niat nk perbaiki hubungan dgn Allah. Masa pregy ritu rasa sgt x berkualiti ibadah kpd Dia. Sedih sbb kudrat terbatas. So azam la dh sihat sok nk perbaiki byk perkara. Nak rajin semula baca al Quran. Nak solat dgn khusyuk. Nak start balik buat dhuha. Nak gagahkan diri buat tahajjud dgn istiqomah. Banyak sgt yg nk diperbaiki ttg ibadah ni.

Dunia skrg makin menakutkan. Tanda Kiamat makin byk. Siapa yg x takut? Aku mengaku aku takut. Sbb takut itulah aku nk perbaiki hub dgn Allah. Nak Dia redha akan aku. Nak Dia sayang. Nak Dia masukkn aku dlm Syurga.

Kdg aku rasa rendah diri sbb aku bkn siapa2. Ibadah sikit sgt. Malunya. Tp harapan kemain beso nk masuk Syurga. Layak ke?

Layak ke tak layak ke tetap tak boleh putus asa nak perbaiki diri setiap hari. Otak aku mmg selalu sangat runsing pasal ni. Terfikir fikir sokmo. Mcm tak tenang gitu mengingtkan kekurangan diri. Allahu....susahnya hidup kat dunia ni. Kalau hidup sorang je takpe lagi boleh fokus skek. Ini dgn suami, anak-anak semua nak cara. Tu yg buat leka tu sebenarnya. Keluarga tu mmg nikmat tapi dlm masa yg sama boleh buat kita lalai jugak. Padahal dah tau Allah tu letaknya No.1 tapi biasalah senang leka dgn sst yg didepan mata. Yang REAL. Itulah kelemahan terbesar aku.

Sebab tu aku rasa malang jd manusia. Mcm kisah Saidina Abu Bakar yg menangis bila tengok burung berterbangan membandingkan dirinya yg hidup sebagai manusia yg akan dihisap segala perbuatan di akhirat nanti. Itu sahabat Nabi yg dah dijamin syurga. Kita???









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat