Skip to main content

Perbelanjaan Anak-Anak 2016

Nama aje duduk rumah tak keluar kemana. Tapi duit gaji dalam bank menyusut banyak sama je macam biasa. Ahh kenapalah shopping online ni wujud? Menyampah taw huhu. Benda yang memudahkan but at the same time boleh memparahkan kewangan manusia. Terutamanya kalau tak dapat dikawal macam keadaan aku sekarang.

Dulu masa media social tak jadi trend, masa berpantang banyak dihabiskan dengan menonton TV. Skrg ni lagi pulak aku pantang kat tingkat atas yg xde TV, so 100% masa terluang tu digunakan utk melayari media social. FB, Instagram & Whatsapp Group. Itulah 3 yang menjadi peneman aku disaat kebosanan. Blog cuma jenguk bila dah muak dengan yg 3 tu. Leceh skek pasal nak kena On netbook. Yang 3 tu pakai henfon je. Boleh jgk draft blog kat henfon tapi tak feel sangat.

Tadi aku wassap Ibu Midah owner taska Nazif tanya pasal fees utk 2016. Dia kabo utk Nazif masih sama RM250. Annual fee RM50. Utk Nadim pulak pendaftaran baby RM100, annual fee RM50 & monthly RM300. Total kena bayar end of month nanti RM750. Monthly commitment after that will be RM550 for 1 toddler & 1 baby. Fee baby ada kenaikkan from RM250 masa Nazif 2 years back to RM300. Pada aku masih reasonable lagi harga tu. Masih boleh dikatakan murah jugalah sebenarnya. Bila compare dengan geng area Putrajaya, Bangi, Seri Kembangan sana memang murah ler. Alhamdulillah rezeki kami.

Dah wassap gak owner kindy Naurah tanya pasal annual fee utk 6 years next year. Dia kata baru nak buat kira-kira. Will update bila dah siap. Sabar jelah. Rasa macam dah lama aku tanya asyik la belum kira. Ni dah bulan 12 kot. Bulan depan dah nak masuk sekolah. Sepatutnya masa bulan 10 or 11 dah kena ada pengiraan tu pasal bukan semua parents senang boleh bayar duit segedebuk gitu bila nak guna. Kalau bagitau awal, at least 2-3 bulan sebelum tu kita dah boleh kumpul duit sikit-sikit kan? Taklah rasa membebankan sangat. Tak pasti apa yang ada dlm fikiran owner kindy. Agak tak faham disitu. Rasanya sebelum ni macam OK je dpt calculation awal bukan last minute mcm ni. Entah.

Walau ape pun aku mmg dah remind habi awal dulu la pasal annual fee Naurah ni. Standby at least 1k sebab dalam jumlah gitulah nanti kena bayarnya. Plus plus OK sbb masuk fee utk monthly sekali utk bulan January. 2017 nanti Naurah dah sekolah Darjah 1 kurang la sikit belanja. Nazif pulak 4 tahun ganti Naurah masuk kindy kakak skrg. Tinggal lah Nadim sorang kat taska. Naurah masuk transit owner taska Nadim pulak. Pi mai pi mai tang tu. Hehe.

Life goes on and on. Kalau asyik layan pasal life je bahaya jugak jadinya. Kena beringat bab akhirat sama. Dah la tanda-tanda Kiamat dah makin banyak. Dajjal tunggu masa je nak keluar. Allahu...takutnya. Mampukah kami sekeluarga terhindar drp fitnah dajjal?







Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…