Nikmat Masa Semakin Ditarik
Entah kenapa sejak bulan 2 yang lepas, rasa serabut sangat dengan hal rumah. Setiap weekend sentiasa tak lekat rumah. Hasilnya kerja rumah banyak yang terbengkalai dan itulah yang buat jadi serabut mata & otak memikirkannya. 24 jam skrg terlalu pantas masa berlalu. 12 jam waktu siang dah habis di tempat kerja. Sampai rumah matahari pun dah tenggelam. Usai Maghrib & makan, Isya' pun menyusul. Kemudian sibuk pula dengan mengajar Naurah buat homework & Nazif yang sentiasa mahu berkepit. By the time anak-anak sudah tidur, kita pun mata dah layu sama. Kadang kuatkan diri jugak bangun ke bawah basuh pinggan. Kadang lipat baju bajan yang bergunung ganang. Kemudian tidur & tau-tau sudah kedengaran azan Subuh. Ya Allah, nikmat masa sudah semakin ditarik oleh Allah. Baru saja rasa masuk tahun baru 2015, skrg sudah mahu bulan 4. Serasa tidak berbuat apa pun lagi. Bertepatan dengan Surah Al Asr yang Allah turunkan beribu tahun dulu tentang masa. Demi masa, sesungguhnya