Posts

Showing posts from August, 2015

Oh Life

Image
Yabedabeduuu....today is Friday. My favourite day of all. Penghulu segala hari. Menandakan juga masa utk bersama keluarga seharian suntuk semakin hampir. Weekend ni lebih special sebab 3 hari bercuti sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Since Emak & Abah ada kat KL, tidaklah kami balik ke Johor. Jalan dekat-dekat sini ajelah. Kaki aku pun bukan kuat sangat dah nak jalan banyak. Ditambah pulak dengan peel Nazif yang masih lagi nak berdukung bila ke mall. Tu yang kadang buat aku fikir banyak kali nak kesana. Sanggup ke tak sanggup nak menanggung beban berat si bujang tu. Memang tak elok for pregnant mom untuk angkat bebanan yang berat. Bukan ppn pregnant je, kalau dah nama perempuan, memang tak elok pun pasal Allah ciptakan kita bukan diberi kekuatan yang hebat macam lelaki dalam bab fizikal neh. Tapi itulah, kadang kita ni takde choice. Contohnya macam aku dgn Nazif skrg. Langsung taknak habi yang dukung. Nak ibuuuuuu.....jugak. Menangis merengek macam hape kalau tak dapat

Inikah Kawan?

Entahlah. Susah nak terima sebenarnya bila kawan yang kita dah bertahun kenal tiba-tiba kelakuannya berubah menjadi seorang yang macam kita tak pernah kenal. Macam dia tu orang yg lain.Tak sangka pulak selama ni kita dah salah menilai diri dia. Kita ingatkan dia ikhlas berkawan dengan kita. Menjadi dirinya sendiri tanpa ada prejudis tentang diri kita secara diam-diam. Rupanya sangkaan kita itu salah. Siapakah dirinya yang sebenar? Yang manakah perlakuannya yg palsu & benar? Aku jadi confused. Adakah semua kebaikkan yang pernah kita tahu tentang dirinya itu palsu? Yang buruk itu pulak? Sejak bila dia ada sifat buruk tu? Kenapa selama ni kita tak berapa nak nampak walau adalah jugak tempiasnya dapat dikesan sikit-sikit. Cuma tidaklah kita bajet teruk sangat sampailah semuanya terbongkar. Apa yang dia dapat dgn mengata sana, mengata sini tentang kawan-kawan yang bila ada kelapangan berkumpul bersama? Kenapa perlu mengadu domba? Kalau betul-betul niat nak berubah menjadi manus

26 Weeks

Image
Ya Allah, hari ni dah genap 26 weeks pregnant. 98 days to go tulis kat ticker tu. This Sunday I will be on my 3rd trimester. How time flies. Lepas mabuk alahan semua tu hilang masa 5 bulan pregnant, I really did enjoyed my most likely last pregnancy. Rasa sihat & happy je. Suka tengok perut besar. Suka bila baby bergusti dalam perut. Mengenangkan ini mungkin kali terakhir dapat rasa semua tu, semuanya buat aku lebih beremosi apart from my 2 previous pregnancy. Lately rasa badan agak lemah. Maybe sebab baby makin besar, makin banyak tarik zat dari badan aku, faktor umur (rasa mcm dah 40-an haha), faktor kerja, faktor kena layan 2 anak sedia ada, semuanya agak meletihkan. Tidur awal & tido mati sampai ke pagi. Terjaga sekali sekala dengan kaki kejang or Nazif merengek tak tentu hala je. I feel so exhausted. Cepat mengah & solat pun 2/3 waktu terpaksa guna kerusi sebab terasa senak perut bila sujud & susah nak bangun berdiri semula. My diabetic diet, so far so goo

Tentang Mak 2

Image
Alhamdulillah pagi ni dapat news yang Mak dah boleh discharge. Lepas ni follow up luka kat KK or klinik swasta je. Happy sangat lah tu Mak dapat keluar. Lepas ni kena duduk rumah my brother, mesti bising nak balik kampung pulak. Dah boleh baca dah. Hehe.  Ngeri kan? Tu dia my sister snap pic latest luka kat tapak tangan Mak kelmarin. Daripada luka hujung pisau yang secoet boleh jadi sampai besar gitu. Besar tu pasal doctor belah nak cuci nanah yang dah merebak kat dalam isi dagingnya. A few times Mak refused bila doctor datang nak cuci pasal tak tahan sakit even dah bius. Dapat kat abang aku memang tak dapek lah. Dia sign je form tu. Nak taknak Mak kena cuci jugak. Mak nak ke tangan kena potong sampai pergelangan tangan? Biasalah abang aku kan hati kering skek. Selamba je dia takut-takutkan Mak. Yelah, kita bukan niat tak baik utk dia. Niat kita nak dia cepat sembuh je. Kenalah berkeras sikit. Insaf tengok gambar ni. Since aku pun memang ada kemungkinan besar dapat diabet

Tentang Mak

Image
OK, lets talk about my recent weekend. Nothing special though. On Saturday after Zohor we went to Hospital Ampang to visit my mom. She's being warded for about 2 weeks already. A week at Damai Services Hospital & now at Hospital Ampang due to her infected palm. Biasalah orang ade sakit kencing manis ni bila luka memang susah nak baik kan? Bila dah infected, bernanah, kenalah rawat sampai luka tak berulang semula. Being warga emas biasalah, bab duduk hospital memang selalunya tak digemari. Dok terfikir ayam, ikan, pokok kat kampung sokmo. But this time kami anak beranak bertegas dengan Mak. Tak boleh ikot flow dia lagi. Sila duduk hospital sampai doktor kata OK dah boleh release. My mom tertusuk pisau kat palm dia tu dah lama. Dia diam je rahsiakan drp Abah & anak-anak sebab ambil ringan luka tu. Bajet takde pape boleh baik macam tu je. Kalau orang takde diabetis memang lah luka tu ringan. Tapi kes dia ni lain. Supposedly bila luka je, kena cepat rawat supaya tak me

Matahari Muncul Lagi

Image
Ya Allah, nikmatnya dapat kembali pada rutin biasa kami. Alhamdulillah kaki Naurah dah takde naik ruam HSP. Now tiap malam aku sapu minyak Bio Oil dengan harapan semua bekas ruam yang lama dapat hilang & kulitnya mulus seperti dulu. Usaha ajelah kan. Terima kasih Allah kerana mengeluarkan kami sekeluarga dari kegelapan setelah Kau tarik matahari kami buat seketika. Selepas kesusahan, pasti akan ada kemudahan. Itulah yang Allah dah janjikan pada kita dalam Surah Al-Hasyr. Setiap ujian yang kita hadapi, pasti ada kebaikkannya kalau kita mahu mencari. Itulah yang aku pegang hingga ke hari ini. Akhirnya selepas 4 hari jadi super mom, hari Jumaat yang mulia ni aku kembali menjadi normal mom. Heaven tak payah jadi driver. Tapi kan, bila ada habi pagi-pagi tu jadi lebih haywire berbanding bila aku handle anak-anak sensorang. Pelik kan? Haha. But its true. I'm not bluffing here. Dengan aku budak-budak tu elok je dengar kata tak banyak buat perangai. Breakfast depan TV while ak

Saya Menang!

Image
Takde entry rupanya semalam blog ni. Busy dengan kes hot. Hehe. But lets not talk about that lah. Yang sudah tu, sudahlah. Tak usah dikenang kenang. Kita ingat yang baik-baik aje, jangan diingat yang buruk-buruk. Doakan kebahagiaan semua orang, berlapang dada, InsyaAllah dipermudahkan hidup kita. Amin. Oh ye semalam nasiblah teringat nak buka emel kat gmail. Tetibe nampak emel dari Astro. Rupanya mak memang hadiah lah. Kadang bila rajin aku masuk Astro Circle tu tengok ada contest apa yang senang nak join. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kali ni aku jadi sabut pulak. Haha. Dapat Grand Prize menang Marvel's Ant-Man Binary Watch. Aku gugel kan macam pelik je jamnya. Haha. Tak kisahlah.  Memang habuan habi lah jawabnya. Aku ade jam Fossil seketul tu pun pakai bila ade mood je. Bila dah bertahun tak pakai jam tangan, nak pakai balik tu memang ada liat lah. Lama-lama dah tak jadi passion or habit. Terlupakan begitu saja. Benda kalau dah lama sangat kita tinggal mema

Memproses Rumah

Image
Hari kedua menjadi super mom. Syukur masih lagi terkawal. Malah dapat keluar lebih awal dari rumah berbanding kalau pergi dengan habi. Apakah maksudnya tu? Hehehe. Habi selalu lambat sebab sidai baju. Nak marah memang tak patut ah kan. Hari ni terselamat lagi drp membuat breakfast. Habi tapau KFC malam td. Ada balance so budak-budak makan itu jelah depan TV membawak ke dalam kereta. Being me yang tak suka keluar lewat utk ke office. I hate being late. Aku suka drive relax-relax tak mengejar masa. Lain sangat dengan masa bujang dulu yang suka drive laju terkocoh kacah macam nak kejar apa je. Pelik macam mana habit kita boleh berevolusi sendiri seiring dengan peningkatan umur. It happened naturally. Makin berumur makin cool. Chillax je sudah. Sampaikan nak tinggi suara pun dah malas. Nak gaduh dengan laki pun malas. Nak kecik hati pun malas. Serba serbi malas lah bab melayan perasaan  & emosi ni. Sekali sekala je boleh layan. Tu pun tak lama. Malas bab yang negatif tak apa.

Selfie Anak Bujang & 24 Weeks

Image
Terkejot mak tetibe Naurah tunjuk pic ni dalam galeri henfon. Bila masa pulak lah budak kecik ni dah pandai selfie. Kahkahh. Dah la terbalik. Terserlah lobang hidongmu nak. Bila kakak tunjuk muka dia ni, kemain mengekek gelak. Suka awak yer. Baby dah sebesar limau gedang. Perut makin membonjol kedepan. Ramai yg dah perasan aku pregnant walau tudung menutupi perut. Hehe. Akhirnya mereke perasan yer?  Cabaran buat masa ni ialah sakit pelvik. Bila berjalan tu punyalah seksa. Tahankan ajelah. Maybe pasal selalu kena dukung Nazif jugak kot. Pinggang takyah cakap la. Selalu kena paksa baring kat atas karpet depan TV dengan si kecik tu. Lagi lah melarat sakitnya. Akhir bulan ni akan masuk trimester 3 iaitu yang terakhir. Ya Allah, dupdap pulak rasanya. Tak kiralah dah berapa kali pun bersalin, tetap bila nak hadap balik situasi tu dupdap di dada. Setiap anak tu lain pengalamannya. Takkan sama punya. Trust me! Berdoa moga dipermudahkan ajelah nanti. Amin.

Super Mom 2

Image
Tak sangka pulak ada Part 2 tajuk Super Mom neh. Short notice from Habi on Friday tentang dia ada training kat area Damansara sane from today till Thursday. Pukul 6.30 pagi dia dah drive kesana. Jaoh & tempat jem kot sane tu. Bermakna aku menjadi lebih super mom minggu ni. Mandikan budak-budak & hantar mereka ke taska & kindy masing-masing. Hari ni sempat lagi diorang lapik perut makan nasi+sup ayam semalam. Esok kena bangun lebih awal goreng nugget dulu sebelum kejut diorang tido. Petang kena ambil keduanya juga. Untung dapat suami yang bertimbang rasa. Dia dah gosokkan baju & kemas beg anak siap-siap sebelum keluar rumah. So takdelah terkocoh sangat aku nak buat semua tu. Alhamdulillah, dapat suami yang ringan tulang memang jadi impian setiap isteri. Disebabkan kami sama-sama bekerja, kenalah ade tolong menolong dalam bab menguruskan rumah & anak-anak. Barulah keluarga sakinah boleh dicapai. Ewah sangat. Haha. Rezeki dari Allah utk aku dpt suami macam Hab

Macam Mana?

Kadang kita rasa ujian yang Allah bagi kat kita dah berat sangat. Sampai tak tau nak hadapi macam mana. Tapi percayalah sebenarnya ada orang lain yang ujiannya jauh lagi berat drp kita. Jangan pernah perlekehkan ujian orang lain. Ada orang dia tak tunjuk keluh kesah yang dihadapinya. Dia simpan tak cerita kat siapa-siapa. Kita cuma nampak zahirnya betapa bahagianya hidup si polan si polanah itu, but we will never know apa yang sebenarnya dihadapi mereka. Ada ramai manusia yang kita nampak hidup bahagia sampai kita rasa jeles sangat. Berharap nak kehidupan sepertinya. Siapa tahu disebalik apa yang kita nampak tu tersembunyi pelbagai kisah duka.  For almost 33 years I have lived, pelbagai dah fasa ujian yang Allah bagi. At times memang rasa tak boleh nak harungi tapi disinilah aku masih lagi hidup & diuji dengan cabaran yang datang silih berganti. Bila ditoleh kebelakang, ujian yang dulunya rasa tak boleh nak go through tu at the end berlalu jua. Apa maknanya? Maknanya b

Super Mom

Image
Semalam habi main bola. So aku pun drive balik BBST ambil budak-budak as usual. Dalam perut memboyot ni handle hal budak-budak sorang diri terasa macam super mom sangat. Memula ambil Naurah, pastu ambil Nazif. Sampai rumah 6.30pm. Lagi cepat drp balik dengan laki. Hebat kan? Haha. Sampai rumah Nasi Lemak RM1 yang dibeli dah siap letak sambal adalah pedas. Anak-anak tak suka sangat makan pedas. So aku pun buat bubur lambuk utk diorang. Sambil keluarkan kambing frozen utk direbus. Malam ni dah ambil tender kat habi soh dia masak kari utk potluck office esok. Menu aku kari kambing cicah roti je. Simple. Yang penting homemade food. Kalau ada potluck, aku suka makanan yang memang dimasak kat rumah sendiri. Tak feel betul kalau order kat orang. Takpelah tak sedap mana pun, tapi kepuasan dia tu memang lain macam. Nak sedap macam kat kedai, pegilah makan kedai ye tak? Haha. Aku & habi both memang suka memasak. Kadang sampai berebut nak masak. Pastu gado-gado bila cara masakan memasing

Benarkah Sudah Berakhir?

Image
Rasa macam dah diberi jalan keluar dari Allah atas ujian sebelum ni. Tapi itulah...masih dalam keadaan berjaga-jaga. Selalu lah check kaki Naurah kot ada ruam baru yang naik. Cuma at the moment rasa happy dapat kembali kepada rutin harian biasa. Seronok dapat luang masa dengan anak-anak. Malam pun tido awal ikut jam diorang. TV memang dah lama tak tengok. Habi jelah mengadap sambil tunggu mesin basuh siap bekerja. Mak & anak-anak dah berkeroh kat atas kehkehh =P Iyelah skrg azam nak jadi ibu yang lebih baik. Sejak mabuk pregnant dah kurang ni, memang gagah la jugak kalau boleh nak buat breakfast utk anak-anak walau goreng nugget atau wedges saja. Puas hati tinggalkan anak-anak kat sekolah dengan perut terisi. Kadang diorang bawak bekal kalau ada lebihan. Tido awal memang sangat membantu utk budak-budak bangun awal & mandi awal dengan ceria. Nazif memang drp baby tido sebelum pukul 9pm. Tak masalah. Si Naurah jelah kena tune skek sebab dulu dia mmg tido awal, pastu dia ikot

Keputusannya Ialah....

Image
Alhamdulillah Doc Fatimah puas hati dengan result BSP utk kencing manis. Selamat utk sebulan lagi. Tiap bulan kena buat BSP sebelum check up bulanan. Tak bermakna dah OK skrg, tak kena control makan. Tetap la kena istiqomah & pastikan gula tak diambil sewenangnya. Detailed scan pun dah buat on my 23 weeks 6 days. Mengikut scan specialist, apa yang dia nampak InsyaAllah baik-baik aje. Takde yang abnormal pun. Syukur pada Allah. Cumanya tak dapat nak snap scan muka baby in 3D. Baby dan dan lah angkat tangan 2 belah tutup muka. Dalam perut lagi dah nakal dia ni. Haha. InsyaAllah another baby boy for us. Nazif mesti suka dapat geng otromen. Naurah nangis tepi bucu katil jelah ekekeke =P Lately kadang emo sikit lah aku ni mengenangkan kalau ikut plan aku & habi, inilah pregnancy aku yang terakhir. Mau tutup kedai suda. Hehe. Keputusan yang dibuat bukan suka-suka. Kami berfikir dengan serius sekali tentang perancangan keluarga ni. Ianya bukan keputusan yang mudah. Rasanya in

Dari Perut Dia Datang

Image
Secara rasminya, result buat BSP semalam ialah 6.7, 4.7, 4.6 & 6.3 . Tak pastilah Doctor nak cakap guane esok. Harapnya tak perlu la sampai cucuk insulin. Doa sangat-sangat ni. Haha. Bila control makan, etlis adalah penurunan kan? Aku ingat dah balik rumah BBST insyaAllah minggu ni nanti, dapatlah amalkan jus sihat yang baik utk diamalkan oleh pesakit diabetis. Target bila doc suruh ulang balik buat BSP, bacaan semakin baik & baik. Sampailah bebas diabetis. Boleh gaknye kot kan?  So apa dia bahan-bahan jus kesihatan tu? Aku jumpa kat blog yang akak tu memang masak menu diabetis utk bapanya. Dia yang share entah dapat dari mana tak sure pulak. Bahan-bahan femes utk pesakit diabetis iaitu batang seleri, epal hijau, peria katak & lemon . Kecuali lemon, bahan yang lain kita blender. Lemon tu amek perahan airnya jelah. Minum sekali sehari, insyaAllah makin turun bacaan gula dalam darah.  Sekarang ni asyik fikir pasal diabetis je. Bab darah tinggi abaikan kejap pasal mem

Pertama Kali Buat Sendiri BSP

Image
Pagi-pagi haku dah stressed first time nak buat ujian BSP utk kencing manis. Maklumlah baru pertama kali nak buat sendiri. Memule buat dekat dalam bilik, failed pasal alat tak dapat baca code strips. Lepas tu buat dalam kereta otw ke office. 2 kali strips terbuang. Ujian error. Arghh...hangin aku dah masetu. Syukur kali ke-3 berjaya.  Bacaan sebelum breakfast ada penurunan drp last buat BSP kat Annur. Sebelum ni 7.2, tadi 6.7. Berkat jaga pemakanan agaknya walaupun bacaan tu bukanlah menunjukkan aku bebas diabetis. Bacaan yang normal sepatutnya berada pada julat 4.0-6.0. Bacaan 6.7 aku tadi bermakna aku berisiko utk ada diabetis semasa hamil. Kalau atas drp 7.0 macam kes sebelum ni, aku masuk dalam kategori penghidap diabetis semasa hamil. Aku harap Doc Fatimah satisfied dengan bacaan BSP kali ni. Tak nak insulin yer doctor. Huhu. Takut sangat aku nak inject jarum kat perut. Seram taw. Cuma itulah, kena istiqomah jaga makan sampai bila-bila sepatutnya. Tapi aku target sampai b

Jom Kuat Sesama

Image
Rasa tak berapa sihat pulak hari ni. Maybe tak cukup makan kot. Yelah tuuuuu =P breakfast roti wholemeal je 2 keping dengan air masak. Itu jelah breakfast harian aku kat office sekarang. Yang paling mudah tak payah fikir banyak. Sekarang tak fikir nak makan sedap dah. Asal perut kenyang cukuplah. Lunch selalunya aku ratah sayur, lauk pauk & buah kat cafe hotel je. Nasi memang tak ambil dah. Kenyang pasal kuantiti boleh ambil suka hati. Malam kat rumah in law baru makan sesenduk nasi & lauk yg ada. Most of the days inilah rutin pemakanan aku kat office. Now dah masuk 23 weeks. Starting from 20 weeks, baby dikatakan membesar dengan lebih cepat & perlukan lebih banyak makanan kot dari aku. Yelah tu =P itu pasal agaknya diet aku ni kurang makan ke gane jadi aku rasa tak sihat badan sangat. Tekaan aku jelah. Entah betul entah tak. Tapi tetap lah jgn berangan nak makan banyak ye. Kena ingat kata Doc Fatimah. Yang paling penting istiqomah. Sekali sekala aku cheat jugak he

Rahsia Allah

Image
Weekend Syawal sekarang ni kemane saje jalan banyak kereta. Semua orang masih dalam mood beraya & pergi Open House sane sini. OK tetibe takde idea nak tulis apa. Hahahaha. Last Friday after work, aku & habi tengok Mission Impossible : Rogue Nation. Overall aku rasa berbaloi la amek couple seat kat GSC, IOI City Mall Putrajaya tu. Cerita best dari awal lagi dah action sampai lah habis. Pastu ada part komedi tergelak-gelak jugaklah tengoknya. Couple seat kat GSC ni luas betul siap boleh lunjur kaki. Duduk bersila pun tak masalah. Sesuailah dengan harganya RM37 with booking charge RM1. Bagi kami yang sekali sekala masuk cinema ni bolehlah ambik couple seat. Kalau selalu pergi, sayang pulak duit perabis gitu. This is our 2nd movie tengok kat cinema after Fast & Furious 7 for this year. Sebelum masuk cinema, sempat la kami makan dulu & diskas tentang situasi life kami sekarang. Nampaknya kena cancel hajat nak unpaid leave sebab habi risau tentang medical bills aku &