Car Porch

Syoknya next Monday cuti sempena Thaipusam yg jatuh pd hari Ahad. Sabtu kami nak bawa Nadim cucuk kat Annur utk 2 bulan. Lepastu balik Semenyih la tido sane semalam. Sabtu tu jugak ada kenduri akikah rumah Andak. Ahad tu kami balik BBST la pasal rumah dah macam haram ekeke. Hari ni InsyaAllah siap dah pasang tiles kat car porch rumah kami.

Bercerita pasal car porch ni, sebenarnya takde dlm plan kami pun nak pasang. Aku jelah dah bertahun berangan nak pasang tapi tak dapat sokongan drp habi. Biasalah pasal duitnya tak sedia ada. Kalau dikumpul bersama-sama boleh je buat, tapi dah habi tak sokong, aptb lah. Menyampah je rasa. Kahkah. Kebetulan contractor yg lias dgn BIL reno rumah kazen habi kat Tmn Mawar. So FIL soh BIL arrange dgn kontraktor buat car porch kami lepas settle reno rumah sana. Dah alang kepalang ada kontraktor tu kan area kami kan.

Kos buat car porch FIL sponsor half-half dgn habi kalau tak salahnye. Kelmarin habi deposit duit kat kontraktor 1,700. Tak mungkin total kos sebanyak tu je kan? Hehe. Alhamdulillah rezeki keluarga kami awal tahun 2016. Syukur ajelah. Nanti dah totally siap aku up gambar sini eyh. Belum lagi nak cerita pasal our small family holiday after Hari Raya nanti. Yang ni memang kena entry khas ler. Sok-sok dah rajin aku cerita lah jugak since tiket flight anak beranak pun dah beli. Tunggu masa je nak fly on July nanti InsyaAllah.

Dalam pada plan sebenar kami nak berjimat cermat ini tahun, macam-macam pulak yang kami upgrade tahun ni. Itulah namanya perancangan manusia saje. Allah jualah yang tentukan apa yg akan berlaku ye tak? 

Dikelilingi oleh orang-orang yang murah hati memang 1 rezeki yang terbesar buat kami. Nikmat Allah yg manakah mahu kami dustakan?




Anak-anak itu rezeki buat ibu bapa. Dan anak-anak juga pembawa rezeki kepada ibu bapa. Amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya. InsyaAllah.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat