Ewah Ewah Hari Jumaat

Yessss...akhirnya muncul dah hari Jumaat. Esok cuti boleh golek guling dengan anak-anak & suami. Syukurlah minggu kedua berkerja dah semakin teratur rutin harian kami. Kurang dah kelam kabutnya di pagi hari. Dengan syarat banyak kerja kena settlekan pd waktu malam sebelumnya. Barulah kurang haywire & boleh keluar dari rumah ke destinasi masing-masing dengan lebih tenang. Once in a while ada terpeleot tu biasalah. Cth tetibe anak berak, tak sampai hati hantar taska montot selupat tahi, so membasuh la kita dengan redha wkwkwkw =P

Bekalan susu EBM Nadim buat masa ni berlebihan. Syukur alhamdulillah hingga ke anak ketiga ini masih lagi Allah berikan rezeki susu badan yg mencukupi walau cerita disebalik pemberian susu badan tu berlainan semuanya. Malas nak runsing. Yang penting dapat bagi susu badan ork? Asal berat anak naik dengan baiknya, sihat walafiat, medium macam mana pun pemberian tu abaikan ajelah. Kita fokus pada perkara yg lebih penting saje =)

Kenaikkan berat badan Nadim normal. Masa 1 bulan naik 900gram. 2 bulan hari tu naik 1kg. Siap dah lebih sikit dari garis berat normal bayi yg dalam buku hospital tu. I am all happy my pipi pau gain weight gebu gebas gitu badannya. Memang sedap kalau kita pegang badan dia tu pasal berisi. Ambillah sebanyak mana lemak dalam badan ibu ni yer Nadim. Biar awak demok gedempol & bagilah ibu peluang utk selim pulak. Penat dah ibu jadi tong dram miahahaaaa...

Esok cadangnya habi nak g cawangan PTPTN kat Nilai Avenue tu mau check betul ke dia dah habis bayor pinjaman blajor dulu tu. Aku nasihatkan dia confirmkan bebetul dgn dapatkan penyata terkini & deal dengan staf PTPTN personally seterusnya dapatkan surat dr PTPTN utk stopkan pemotongan gaji kat HR. Kemain lagi aku ceramah kat dia. Mementanglah dh ade pengalaman habis bayor hutang kat PTPTN khennn. Habi ni jenis kena ketuk sikit baru bergerak bab2 dokumentasi ni. Sgt berlawanan dengan aku. Well, lelaki biasanya mmg ramai yg ade penyakit mcm habi tu. Ai pasrah.

Sbg seorang isteri yg berdedikasi, wajib aku push dia dlm bab2 yg dia lemah ni. Ecehh..ayat tak menahan bahahahaaa....

Wow lawanyerrrr kahkahh

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat