Nak Balik Kerja Awal

Seronoknya dah hari Jumaat. Kita umat Islam memang kena suka hari Jumaat lebih pun drp hari-hari lain kan? Sayyidul ayyam orang kata tu. Penghulu segala hari. Dari zaman sekolah lagi hari Jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu. Lagi pulak dapat balik sekolah awal drp biasa. Pukul 12.10pm je dah boleh chalo sbb nak bagi kaum lelaki bersiap nak menunaikan solat Jumaat. Sekolah menengah dulu bersebelahan je dengan Masjid. Parked motor pun kat dlm kawasan masjid yang berbumbung. Relax je bawa motor takde lesen ekeke. Biasalah dalam kawasan Felda je pun. Manade polis nak tahan kite =P

Car porch rumah yg pasang tiles tu dah siap. Tapi masih ada barang tukang la kat depan tu dia belum kutip. Kami pun tak kemas lagi segala harta karun campak depan tu. Ada pool plastic budak2, ada basikal bbrp biji, ada pasu daun (pokok xde bunga hihi), ada minyak hitam berbotol-botol buat nyemak mata. Haihh..serabut je semua benda tu. Nanti nak buang ape yg patot bagi clear skek depan tu & perkemas apa yg patut. Dah alang kepalang car porch dah lawa tu kan.

Minggu ni aku selalu terfikir tentang ruginya masa yang diguna utk bekerja ni sebab tak dapat spend time dengan anak-anak. Sehari suntuk berpisah dengan anak semata-mata utk duit. Allahu...sedihnya rasa hati. Berbaloikah? Itulah persoalan yang timbul kat otak aku. Aku akan lebih happy kalau dapat balik awal sikit drp masa kerja skrg ni. Kan best kalau macam gomen ada masuk kerja 7.30 balik 4.30. Cepat sikit dapat tatap muka anak-anak. At least masih siang. Skrg ni asyik la dekat nak maghrib & sometimes melewati maghrib pun baru dapat jemput anak2. Kesiannya diorang ibu ayah dedua sibuk cari duit. Tsk.

Untung jadi cikgu kerja half day mcm jiran sebelah rumah tu dalam pukul 3 petang dah sampai rumah boleh jumpa anak2, rehat pastu masak utk dinner. Huwaaa...aku nak macam tuuuuuuuu!!!! Tapi nak jd cikgu macam dah terlambat je dlm usia mcm ni. Jawapan dia senang aje, kerja sendiri lah. So ada masa yg flexible boleh spend time dengan anak-anak takde rasa sedih macam ni. Masalahnya nak bisnes apa???? Buntu.

Paling kesian sekali kat si kecik ni lah :(





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat