2 Kali Ke Bagan Lalang

Cuti panjang mood pun tak mari nak update blog. First time rasanya sejak kawen cuti panjang CNY gini tak balik Johor. Rasa macam banyaknya masa 4 hari tu so dalam otak pun ligat mikir nak kemana sekian-sekian. Dan yang paling penting dapat approval drp driver tak berbayar aka habi ngeh ngeh =P

Since start last week kami memang duduk Semenyih kes Nazif kena air panas kat perut (alhamdulillah luka dah kering & tinggal sikit je lagi kuping nak tertanggal sendiri), so cuti CNY mostly kat sane ajelah. Hari Sabtu akhirnya  dapat peluang jenguk my brother & family yang buka stall Kopi Kocak kat karnival ape ntah anjuran MpSepang kat Bagan Lalang. Dari Semenyih it took us 1 hour jugalah nak sampai kesana. Kalau dari rumah BBST dalam setengah jam je dah sampai.

Kami sampai je Bagan Lalang singgah lunch dulu kat Restoran D'Bagan. Dalam perjalanan lagi aku dah berzikir lapor kat habi. Sedih hati dia tak berhenti pun tepi jalan beli pape. Alasan dia banyak yg jual tepi belah kanan while kami belah kiri. Ada yg belah kiri pun jual nangka. Takkan nk makan nangka alat2 je kan. Berangin pulak perut nanti hehe. OK lah alasan diterima. Bila dia berhenti singgah je kedai makan terus mood OK dah.

Not bad lah masakan kat situ cuma pricey skek ah. Habi kata OK asalkan sedap. Plus udang, sotong, ikan semuanya fresh. Berbaloi je katanya. Aku pun rasa OK tapi kalau takde duit memang tak OK hahaha. Total damage RM108. Kenyam perut sukahati terus gerak ke stall. Lepak2 kejap pastu rehat kat homestay dekat taman situ yg diorang dah sewa. Then deme invite soh stay sampai malam psl buat BBQ tapi takde rezeki, start lewat sangat bakarnya. Sempat makan sosej je pastu kami minta diri balik pasal ade Nadim kan tak elok sangat balik lewat malam.

Thank God balik rumah BBST dekat aje so tergolek dok memasing kepenatan. Then suddenly realized corong pam tertinggal kat homestay. Huwaaaaa. Terpaksa la mermet walau tak reti sangat yg penting breast tak bengkak & sakit. Malam paksa Nadim direct breast feed. Kesian dia sampai tersedak-sedak dek susu keluar laju sangat. Orang kata baby boy kuat nyusu kan? Kes aku, both my boys memang tak kuat nyusu. Even Nadim dah hisap, breast tetap la bengkak. Terpaksa juga mermet bagi lega.

Esok paginya laju aku siapkan budak2 sebab nak gerak semula ke Bagan Lalang ambil corong pam. Sekalinya kunci kereta Almera MIA. Naurah kata dia nampak Nazif main sblm tu. Oh goshhh...time nilah ko nak hilang kan? Nazif pulak bila ditanya biasalah cakap tak tahu. Aishh budak tu memang menguji kesabaran sangat. Sudahnya kami naik kereta Kelisa yang panas pasal aircond tak servis lagi. Terpaksa lah. Kesian Nadim merah2 muka kepanasan.

Ada 2 hikmah drp kisah tak best tertinggal corong pam tu. Pertama, Nadim makin OK nak direct feed with me at night. During day je payah sikit. Kesian budak keliru botol & nipple tu hewhew. Dapat DF on nights pun dah syukur sangat rasanya. Cuma mengepam tu tetap perlu sebab susu banyak. Alhamdulillah. Jangan malas2 huhu

Keduanya, kami dapat juga merasa seafoods BBQ yang dijadikan lunch on 2nd time kami ke homestay. Kalau dah memang rezeki tu kan, tetap tak kemana =) Dan paling best, dapat eratkan silaturrahim dengan keluarga. Dapat bagi sokongan dgn datang je pun dah cukup.

Dalam setiap kesusahan, InsyaAllah mesti ada kemudahan juga. Allah sebaik-baik perancang.

Gambar masa balik Johor masa dlm pantang

Pipi layut







Popular Posts