6 Tahun & 3 Bulan

Malam tadi aku & anak2 ikot habi main bola kat Stadium Mini baru Sports Arena. Padang bola tu guna rumput sintetik. Seronok jugak sekali sekala ikot pergi tempat macam tu. Kalau selalu sangat memang naik muak punye haha. Pergi time malam OK lah sejuk skek. Kalau siang panas berdenting tu memang fikir 50x nak ikot ke tak. Naurah & Nazif pun happy berlarian kat tepi padang. Dok turun naik seats bagai. Seronok tengok diorang. Biasalah dah jadi mak2 ni kegembiraan anak2 adalah kegembiraan kita jugak.

Nadim jelah kesian skek pasal waktu tido terganggu. First time outing waktu malam dengan dia. Usia 3 bulan ni macam OK skek ah nak bawak kuor malam dah. Itupun tidaklah gemor dibawak selalu. Kena ingat yang waktu malam ni Allah jadikan utk kita berehat-rehat kat rumah dengan anak-anak setelah seharian penat menjalankan rutin masing2. Bila dapat rehat cukup, tidur yg lena, barulah senang nak bangun sepertiga malam buat ibadat.

Malam tadi sampai rumah pukul 11.30. Hala mananye nak bangun sepertiga malam dah gitu? Memang tido mati sungguh memasing. Tau2 je aku terkejut pukul 6pagi. Itupun pasal Nadim merengek nak susu. Sekali sekala, InsyaAllah boleh support hobi suami. Selalu sangat tu memang tidak lah. Kesian kat anak2 terganggu waktu tidur nak bangun pagi pun payah.

Lepas habis game, ngeteh pulok hahaha. Ni yang tak gemor ni. Rosak diet kesihatan aku makan nasi malam bute. Sayangnya takde gambar nak tunjuk sini pasal henfon tinggal dlm kereta. Nantilah kalau pergi lagi aku snap2...

So hari ni Naurah bawa kek ke kindy celebrate dgn kawan2 sempena genap 6 tahun umurnya. Harap dia happy lah. Pagi tadi bila dia culas nak bangun tu aku umpan dengan kek besday dia tulah. Laju bingkas bangun bukak baju nak mandi hahaha. Ciskek punye mak =P

Happy 6 years & 3 months to both of you =)



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat