Cermin Suami Isteri

Aku selalu jumpa orang kata anak-anak tu cermin bagi ibu bapa. And I do agreed on that statement for most of my kids behavior. Tapi ada 1 hari tu aku jumpa orang tulis suami itu cermin bagi isteri & sebaliknya. Aku cuba apply pada diri aku & habi. Well, memang ada sikap daripada habi yang bila aku berkahwin & hidup sebumbung dengan dia, sikapnya itu terpercik sama kat aku. Thank god ianya sikap yang elok lah bukan yang tak elok. Memang sepatutnya macam tu lah kan? Kita contohi sikap yang baik & jauhi yang buruk. Cuma tak sangka juga bab sikap ni pun boleh berjangkit yer hehe.

Rasanya pernah juga baca orang kata kalau nak kenal seseorang tu, lihat pada rakan-rakannya. Means orang yang rapat dengan dia. Dan ada juga orang kata bersahabatlah dengan orang yang soleh supaya kita juga mendapat manfaat dari kebaikannya. Yer, semuanya membawa pada maksud yang sama. Orang yang rapat & dekat dengan kita memang besar pengaruhnya kepada diri kita.

Habi sejak mula start berkawan rapat dengan dia, memang seorang yang cool & sangat jaraaaaannngg meninggi suara. Ada la 2/3 kali bergaduh dengan dia lepas kahwin dia berkeras suara skek masa fasa nk menyesuaikan diri tu. Dan dia juga seorang yang soft spoken. Never use bad words at all as long as I can remember. Sangat rajin membuat kerja rumah dan yer, dia memang lelaki yang sukar dijumpai hehe. Spesis habi adalah rare. Thank you MIL for brought him up this good for me. Alhamdulillah.

Kadang aku rasa sangat betul kata orang, perempuan baik utk lelaki baik vice versa. Yer, memang perasan pon aku ni baik, habi pun baik. Takkan pulak aku nak kata kami sama2 jahat hewheww. Of course tetaplah kami ni ada kekurangan diri masing2. Tidak perfect sama sekali. But overall, we complete each other. Having a soft spoken partner, makes me a soft spoken person too. Padahal sikap aku sebelum hidup dengan dia, tidaklah se soft skrg. Because of him I can be the person I am today. Aku yg skrg bukanlah yang dulu. Ewah. Yes, I do feel my attitude improved a lot better living with him. Makin susah naik marah just like him.

Agaknya ada tak sikap yang baik dalam diri aku yg dia dah terpercik sama? I wonder........hewheww

Jadinya bila kita kata suami isteri tu cerminan diri masing2, ada 1 pelajaran yang boleh diambil dari situ. Kalau kita rasa asyik sakit hati dengan kekurangan sikap suami, cubalah sekali sekala belek balik diri kita sendiri. Bermuhasabah lah. Tak mungkin kita ni semuanya perfect. Take our time & think. Masa dalam jamban pon boleh fikir benda ni. HAHAHA.

Menghampiri usia 7 tahun perkahwinan, Alhamdulillah I never regret marrying him. Memang dialah jodoh terbaik yg Allah dah tetapkan utk aku. Dengan dialah aku dapat anak-anak yang comel & menggembirakan hati. Ada kekurangan dia, juga cerminan pd kekurangan diri aku. Memang susah nak terima kekurangan diri seseorang. Tapi dengan berlalunya masa, InsyaAllah lama2 rasa lali & cuba adapt kekurangan yg ada tu. Jangan mengharapkan orang lain berubah, kitalah yang kena ubah. Berubah tu maksud aku cubalah terima buruk dia tu & jangan fikirkan sangat. Dgn macam mana cara pun, cubalah adapt dengan keburukan seseorang tu selagi mampu. Selagi nak pertahankan rumahtangga, demi anak2 tersayang.

InsyaAllah dengan usaha & sabar kita tu, maybe Allah tak reward kat dunia, tapi kat akhirat nanti ada bahagian kita yang elok2. Bila rasa benci sangat kt pasangan, kenanglah saat2 terindah masa bercinta dolu. Jgn cepat buat keputusan, tenangkan diri dulu & lihatlah muka anak2. Adakah mereka akan lebih gembira sekiranya kita berpisah? Hidup bukan hanya tentang diri kita bila dah berkeluarga. Jangan selfish sangat. Kita rasa kita akan lebih bahagia bila berpisah, well you don't know that either. Sebaiknya doalah pd Allah minta yang terbaik utk diri kita. If masih lagi bersama, redhalah. Yakinlah itu yg terbaik. Jgn asyik fikirkan tentang pasangan kita. Fikirkan ttg diri kita & anak2 je. Fikirkan perkara2 yang menggembirkan & fokus on that. InsyaAllah kita boleh survive.

Komunikasi laki bini juga sangat penting. Kadang memang hectic sangat life kita dengan hal rumahtangga sampai tak sempat nak berpelukan sekejap pun laki bini. Anak2 yang kecil perlukan perhatian. Lagi pulak dah 3 macam kes aku ni. Sorang demi sorang nak kita handle tak pernah berkesudahan sampailah mereka semua tidur. Then barulah ada masa ME time or bersama pasangan. Ya Allah, kadang bila baring atas katil dapat letak kepala atas lengan suami & berpelukan terasa nyamannya fikiran & hati. Hilang segala penat lelah seharian berkerja & menguruskan anak-anak. Just by hugging each other. Ia salah satu terapi yang paling mudah bg suami isteri. Cubalah.

Kalau rasa letih & serabut, cubalah peluk pasangan anda. Bagi aku memang sangat membantu. Rasa lega sangat lepas tu walau masing2 diam membisu. Aku & habi juga beruntung sbb kerja 1 office. So pergi kerja sama2 dalam kereta mmg masa yang private utk kami berdua. Menghampiri 7 tahun berkahwin, we still hold each other hands in the car. Anak 3 pun masih sama. Pegang tangan je pun dah banyak dosa gugur taw! Suka. Hehe. Bila ada masa2 sedikit yang boleh utk kami spend berdua, memang takkan kami lepaskan. Kalau tak bersembang pun, sentuhan simple mcm tu je pun dah memadai.

1 yang aku paling suka habi buat dari dulu sampai sekarang is meletakkan telapak tangannya atas kepala aku. At times, mmg dia buat mcm tu secara spontan & entah kenapa aku rasa happy & tenang. Ya Allah, kuasa kasih sayang seorang suami agaknya yg membuatkan aku rasa macam tu. Pelik tapi benar. I never said that I loved him doing that because its kind of weird isnt it? Benda simple mcm tu pon boleh happy. Macam errrr....hahaha. Moga Allah terus pelihara hubungan kami suami isteri hingga ke akhir hayat. Jangan pernah miss baca doa ni selepas solat OK!

A loving husband & father. Alhamdulillah.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat