Doa Senjata Orang Mukmin

Sudahnye semalam aku beli susu Pediasure online jugak kehkeh. Takleh digest orang yang tak suka beli on9 ni. Sebab dari pengamatan aku ah kan, penjimatan duit beli on9 lagi byk drp kita pergi beli kat kedai or sopim mall etc. Even kena delivery charges, still masih lagi murah. Lagi pulak skrg banyak website dah buat free delivery. Belum add up kupon less up to 15% jugak kadang tu. Memang berbaloi2 lah belinya.

Susu Pediasure coklat aku beli semalam 400gram utk 2 tin RM79. Delivery charges cuma RM1.70 mcm tu. Beli thru application Lazada dapat lagi less 11%. Tu yang jadi total murah. Kalau nak ikutkan harga kat web setin RM43.50. Ada yang jual RM45. Depends on seller lah sebab ada banyak seller kat Lazada tu. Since this is my 1st time buying Pediasure, aku tak tau harga standard kat pasaraya berapa. Lepas2 ni beli groceries kena usha lah. Sebelum ni tak beli memang tak ambil kisah lah kan.

Lepastu plan nk g Mr.DIY pun cancel pasal night lamp yg aku beli kat situ Ahad lepas dah function balik. Sabor jelah...sebbaek try balik semula sekali hidup lah pulak. Hari sebelumnya aku try tak menyala. Saje nak mainkan perasaan aku taw hehe. So smlm balik rumah berdua dengan habi cuma mendobi ajelah. Err...habi lah yg mendobinya. Aku terbongkang tengok TV wkwkwkwk. Even a few hours kat rumah tanpa anak2 terasa bersalahnya lahai. Asyik teringat ingat apelah yg diorang tengah buat kat rumah Wan sane. Tengah menangis ke, tengah tido ke. Alahai....dah jadi mak2 ni memang gitulah. Ingatan kat anak2 sentiasa menghantui tak kira masa.

Itu semua sebab kasih sayang yg Allah kurniakan pada diri manusia. Anak2 masih kecil ni terasa sangat kebergantungan mereka pada kita. Hidup aku ni pun jadi lebih bermakna sebab anak2 jugak. Kerja pun sebab diorang jugak. Nama pun amanah dari Allah ye tak? Semalam baca berita pasal budak 7 tahun meninggal terjatuh dalam lubang kumbahan kat sekolah. Pastu dengar berita kat radio seorang ibu tertekan pedal minyak langgar anaknya hingga meninggal kat tadika. Ya Allah, hebatnya dugaan yang Kau berikan pada ibu2 itu.
 
Sangat jarang ada ibu bapa yang dapat spend masa menjaga anak2 24jam sehari tanpa gagal. Mereka kena jugak jalani hidup macam semua orang yg lain. Kena ke taska, kindy, sekolah mahupun berkerja. Dengan siapa pun anak2 kita bersama, kemalangan tetap boleh berlaku. Ianya sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita sebagai seorang muslim, jadikan DOA sebagai senjata utk kita mohon yang baik-baik drp Allah. Hari2 lepas solat mintalah tak kira kat mana pun anak2 kita, moga Allah lindungi dari sebarang kecelakaan. Itulah usaha yang paling mudah utk kita buat demi orang2 tersayang.

Percaya pada Qada' & Qadar merupakan Rukun Iman yang ke-6. Kalau tak silap aku, Qada' tu sesuatu perkara yang dah ditetapkan oleh Allah sebelum kita lahir lagi tapi boleh berubah dengan DOA. Qadar pulak tak boleh diubah. Kalau salah tolong betulkan yer. Jangan percaya bulat2 je aku tulis ni sebab aku pun dengar dari Ustaz kat TV je pasal ni hehe. Mana tau aku tersilap dengar ke. Tapi pokok pangkalnya aku nak kata DOA ni sangat penting utk kita amalkan tak kira kat mana pun situasi kita. Asal teringat je pd anak2, berdoalah yg baik2 utk mereka. Bukan setakat boleh doa lepas solat aje yer.

So kalau kita dah doa, masih lagi ada kejadian tak best berlaku pada kita atau org2 tersayang, jgn pulak kita give up taknak berdoa lagi dah. Allah bagi pelajaran pada kita during bad & good times. Takkanlah asyik nak good aje kan? Bukan hidup namanya tu =)



Sejak zaman Naurah lagi memang suka snap gambar anak2 masa diorang tengah tido. Rasa nyaman & tenang je tengok muka diorang masa tu. Sambil dalam hati mensyukuri nikmat yang Allah berikan dengan rezeki yang tak ternilai ni. Terima kasih Tuhan atas segalanya.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat