Skip to main content

Gambar 100 Likes



Gambar Naurah yang latest ini telah mendapat lebih drp 100 likes di FB ekeke =P Jarang-jarang upload personal picture kat FB. Lagi suka share benda yg baik-baik je situ. Gambar banyak up kat instagram sebab situ memang khas utk gambar kan.

A few weeks back aku agak istiqomah bagi Naurah sesudu madu tualang setiap pagi. Alhamdulillah nampak kurang sikit soksek hidungnya tu. Ikhktiar nak naikkan immune system badannya yg low itu. On HSP disease, Alhamdulillah takde naik dah dlm 4 months gitulah. Harap memang dah berakhir episod duka tu. Amin.

Since madu tualang pure tu dah nak habis, aku beli dah madu baru yg diimport dari Egypt. Madu ni diternak di ladang habatus sauda kat sana. Senang kata lebah hisap madu dari manisan habatussauda. Kita pun tahu kebaikkan habatussauda yg juga merupakan makanan sunnah. Aku harap madu ni pun serasi dengan Naurah. Amin lagi.

Sekarang tengah risau ke Nazif sebab dia tu dah under weight aku rasa. Last timbang Ahad lepas masa kena air panas tu kat hospital. Almost 3 years old berat 11.2kg je. Allah...memang keding betul tengok dia tu. Dia suka makan tapi jenis cepat mual. Makan muntah repeat gitu mana nak jadi lemaknya? So aku suggest kat habi beli Pediasure utk dia. Tu je susu yg doc rekemen utk gain weight budak2. Masalah bdk2 under weight ni dia senang kena penyakit. Syukur Nazif belum mengalaminya lagi tapi better cegah sebelum parah ye tak?

Yes susu Pediasure memang mahal. Aku kata kite peruntukkan sebulan 1 tin je. Kalau tak cukup, top up dengan susu lain ajelah. Ikut kemampuan kita je. Yang penting ada. Petang ni kami tak payah pick up Naurah kat kindy. MIL ambil dia tengahari sbb ke KK kat Salak. Tapi aku & habi tetap kena balik rumah nak settlekan baju bajan dah mula menggunung. Lepas settle maybe boleh ke Giant kejap cari Pediasure tu. Boleh singgah Mr. DIY sekali hehehe =P Misi mencari night lamp utk bilik kat Semenyih. Gelap gelita kalau tutup lampu. Stress nak tengok muka anak pun tak dapat bila terjaga tidur.







Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…