Hidup Laki Bini

Lately selalu viral pendapat2 individual tentang hidup berumahtangga. Ada yang make sense, ada yang berat sebelah, ada yang tak kena lansung & ada yang menyampah lak membacanya ekeke. Kadang orang yg tulis tu rasa diri dia dah hebat sangat macam superwoman. Dok menatang laki dalam dulang yg penuh. Taksub sangat yang wanita can do anything without depending on husband. Aku nak tengok lama mana dia boleh hidup bersusah payah macam tu haha. Baru setahun dua kahwin, anak baru sorang bolehlah ko gebang macam2. Tapi langit tak selamanya cerah sama macam langit tak selamanya gelap jugak. Rasa diri tu hebat sangat kan? Tunggu nanti Allah nak bagi ujian kat ko. Masetu baru tau langit tinggi ke rendah hewheww

Kite ni nak voice out pape perkara pun kena berpada-pada jugak. Jangan lupa highlite yang kehidupan setiap manusia tu berbeza. Situasi ade berjuta-juta. Jangan sebab kita dalam situasi yang membolehkan kita jadi superwoman, kita kasi pukul rata je pada yang tak superwoman. Bila orang lain ada masalah, kita kata padan muka. Itulah awak sebab tak superwoman maka jadi sekian sekian. Yer, dabik lah dada awak selagi boleh selagi belum kena kat batang hidung sendiri. Sok2 jatuh terjelepuk jangan missing in action terus pulak haha...

Perkahwinan tu takkan berlaku kalau ada sebelah pihak je. Mesti ada lelaki & perempuan. Makanya hidup berkeluarga tu perlukan kesepakatan daripada 2 orang. Bila tak sepakat tu yang dok berantakan sana sini. 2-3 tahun perkahwinan tu proses mengenali orang kata. Bukan mudah hidup 2 orang bawah 1 bumbung. Sama konsep macam kita menyewa rumah dgn 4-5 orang yang ada pelbagai karenah & personaliti tersendiri. Sewa rumah bile kita rasa nak blah, apedehal kan? Chow sin jelah. Tapi perkahwinan boleh ke buat gitu? Lagilah kalau dah ada anak. Fitrah anak perlukan kasih sayang ibu & bapa. Kita dah tak boleh nak selfish fikir tentang diri kita aje bila dah berada dalam institusi keluarga.

Kerjasama isteri & suami sangatlah penting dalam membina keluarga yg bahagia. Apetah lagi kebanyakkan situasi laki bini sekarang adalah keduanya berkerja. Takde dah istilah isteri sorang kena buat kerja rumah. Suami pun kena sama2 pikul tggjwb tu psl suami bukan lagi satu2nya orang yg membawa pendapatan utk keluarga. Bahagi2 kanlah beban tugas rumah tu supaya beratnya sama2 dipikul. 

Masalahnya kan orang lelaki sekarang kebanyakkannya dah jadi suami masih lagi mengharapkan isteri yang buat semua kerja rumah walhal bini pun sama2 berkerja. Sudahlah melayan anak pun tak rajin mana. Tak ke stress bini tu mental & fizikalnya? Belum lagi nakkan juga perhatian drp bini mintak dilayan itu & ini. Guaner???

Kaum lelaki skrg kena wake up dari mimpi yg panjang. Takde istilah bila kahwin bini kena buat kerja rumah semuanya & laki cuma pergi kerja cari duit saje. Zaman ni dah tak relevan okay! Kalau betul sayang bini tu, apa salahnya berat sama pikul, ringan sama dijinjing? Hidup bermuafakat barulah terbentuknya keluarga bahagia. Tak gitu?

Harap sangat dapat didik Nazif & Nadim keduanya jadi lelaki yang ringan tulang. Belum kahwin rajin bantu ibu ayah, dah kahwin sok rajin bantu bini pulak. InsyaAllah, aminnnnn.



Tengok tu gambar taknak tegak. Gasak ahhh!!






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat