Hola Friday!



Hari ni aku half day. Esok majlis akikah Nadim, Marissa & Emaar akan berlangsung. Sekali dengan majlis doa selamat sempena PIL & BIL nak menunaikan Umrah pada 20/2 nanti. Moga majlis berjalan lancar & mendapat keberkatan dari Allah. Amin.

Dah lama tak buat majlis besar macam ni. Walau tiap tahun PIL memang buat makan-makan sempena majlis Korban lembu, tak sama dengan majlis macam akikah ni. Yelah bila buat majlis akikah, kena ada goodies bag & ada yang suka buat buaian berendoi bagai tu kan. Anak2 aku memang takde order buaian berendoi. Ntoh ler rasa tak penting pun hehe. But my SIL dia nak buaian utk anaknya. Dia offer nak buat buai utk Nadim sekali ke tapi aku kata tak payahler. Tumpang gambar kat buaian Marissa je sudah. Lantak la tema girly pon kahkahh. Takde sape kisah laa =P

Nasib awak ler anak2 dapat mak tak sentimental sangat ni. Habi apetah lagi bab2 gini hehehe. Lagi ler buat keras je. Kalau aku beriya, dia OK je follow. Ini dah aku pon tak minat, dia bersyukur ajelah tak perlu kuor duit lebih kehkehh


Tetibe gambar botol paste tomyam kahkahh. Sedap OK paste ni. Beli kat budak opis RM10 sebotol. Mahal skek la of kos dia pun amek untung kan. Tapi berbaloi sebab sedapppp. Takyah nak g kedai tomyam dah nak dapat rasa sesedap ni. Habi ritu masak tomyam daging pakai 2 sudu paste je. Huihh..menghirup sampai licin la kuahnya tu. Cukup rasa masam manis pedas dia tu. Produk dari negara origin tomyam lah katekan. Of kos deme lebih tahu bahan2 apa nak buat rasa sedap sangat tu. Lauk sampingan is telur dadar. Rosak diet terus hahaha. Hampesss


Aumm..jumpe pulak gambar ni. Entah bila aku snap tah. Mee bandung sedaknyerrrrrr.....



Malam2 bile lapor makan roti wholemeal kapi cheese. Heaven sangat dah.



Tu dia susu kolustrum masa awal2 pam dapat seciput tu je. Yang ni ah susu paling berkhasiat utk baby. Kaler dia kuning & pekat melekit gitu. Skrg dah putih & kekuningan. Kekuningan tu bila lemak dah keluar dah last2 pam tu. Masa awal2 pam kuor yang putih cair dulu. Selalunya aku campurkan bagi seimbang mana susu yg pekat & yg cair. Kalau yg cair je selalunya baby minum dia hilang haus je tapi kurang kenyang. Nak kena ada lemak2 tu jugak baru dia puas.


Homaii...rindu dah kaki kecil ni. Skrg rasa Nadim macam dah besor. Boleh???? Cepat je dah nak 3 bulan usianya. Sayang awak ketat-ketat Nadim Zayydan!!! Pipi tu memang geram sangat asyik kena ciom je pasal pau sangat. Dia pun pasrah je kena gomol hehe.


Elok tau diapers Onwards ni. Dah la comel. Masa beli ni dapat 1 pack RM20. Ada deal terhebat dari Lazada my favourite online site. Boleh kata tiap bulan tak sah kalau tak membeli kat Lazada. Penjimatan yg sangat berbaloi. Skrg diapers beli sana je memang dapat murah drp beli kat pasaraya. Love love.

Cuma yg tak bestnya beli online ni semua pakai duit aku. Kemain senang hati habi tak perlu dah beli diapers or susu anak psl semua aku dah cover. Ini tidak adil. Tu pasal ada masa aku pow dia kaw2 hahahaha =P










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat