Skip to main content

Oat Itu Sedap Bila...

Di campur dengan yogurt, buah & susu low fat. Itulah sambungan kepada ayat tajuk entry hari ni hewhew. Takat ni aku tak kuat lagi nak guna yogurt plain. Aku guna greek yogurt berperisa. Takat ni dah try stoberi & peach. Siap ada buahnya sekali dalam tu. Mau tak sedap jadinya overnight oat aku haha. Susu low fat memang aku suka so takde masalah nak ambil yang plain. Hari tu masa first time buat salah beli yg perisa stoberi, mencanak gula kalau buat reading gaknye kahkah. This week aku stick dengan yogurt berperisa (yogurt plain yg healthy sangat masam..euww) cuma susu je takde perisa. Buah aku tak letak dah pasal dalam yogurt dah ada buah ehhee. Still boleh diterima tekak. Itu pucuk pangkalnya nak breakfast healthy ni. Idokler healthy sgt psl yogurt berperisa tu kan, but at least oat tu akhirnya masuk dalam perut. Sebelum ni toksey sangat oat xtau nak makan mcm mane yg sedap ditekak.

Masa pregy Nadim nak makan oat sampai sudah tak buat pape pun last2 masuk semut seplastic besar oat. Sedih je terpaksa la buang. Recently beli oat organic baru kat Jaya Grocer plastic kecik je. Serik dah beli yg besar2 huhu. Oat from Australia tp murah je tak sampai RM10 pun dalam 500gram gitu.

Bak kata Dr. Zubaidi, healthy eating tak semestinya tak sedap. We have to make it tasty in order to stick to it in a continuous period. Kalau diet tak sedap, rasa memaksa diri, kejap jelah diet ko tu hahaha. Boring kalu, makan la balik macam2. Tak sihat balik lah kau. Padan muka. At the moment aku masih tak strict lagi macam diet healthy masa pregnant Nadim. Entah bila la nak kuat balik semangat ni. Just slowly apply makanan yg mudah disediakan macam overnight oat ni for breakfast. Lunch most  of the time aku skip. But if lapar, makan kat cafe ratah lauk & sayur je tak ambil nasi or mee. Malam ni yang masih masalah sebab tak sempat masak, so tapau foods kat kedai yang mostly mmg tak healthy lansung.

Masih memikirkan menu sihat yang boleh buat sendiri dlm masa yg pantas like salad & hard boiled egg. Yang pasti kena mengenyangkan lah. Tak pun mencicipi je foods anak2 or habi. Kena fikir dengan lebih mendalam lagi pasal dinner ni. Kang tak cukup makan, effect pulak susu badan nak bagi Nadim ni. Ohh tidaaaakkkkk. At least for 6 months anak2 aku semuanya memang aku fokus utk bagi susu badan. Nak bagi kuat daya imunisasi melawan penyakit tu. 6 bulan pertama bagi baby mmg sangat kritikal bagi aku. Dah boleh makan sok takpe sangat dah. Another 3 months utk berkerja kuat mengepam susu demi anak. Gambate ne!


Nah gambor cilok gugel je. Nice kan? Tapi aku x rajin lew nak masok botol2 gini. Buat dalam tupperware biasa tu je. Harap turunlah kolestrol dalam badan ni haaa...







Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…