What A Weekend

Weekend lepas ni macam tak bercuti je rasanya. Hari Jumaat habi pergi office semula buat kerja balik 4pagi. Pukul 10pagi kami keluar ke klia 2 hantar PIL buat Umrah. Ajak habi jenguk event CNY office kat Ceria Residence dia kata OK. Tapi sebelum tu dia nak pergi office kejap settlekan kerja yg masih belum siap. 2 jam jugaklah melanguk dalam kereta je pasal budak2 tidur. Kesian pulak nak kejut. Bila deme terbangun, keluar kereta pulak. Biasalah budak2 mana boleh duduk diam gitu je tak buat apa. Boring. Terpaksa la layan diorang main ntah hape2 je.

Pukul 4ptg macam tu baru gerak pergi tempat event. Sampai2 tengok lengang dah hahaha. Jumpe office mates S&M Dept deme soh g makan kahkahh. Elok sangat lah pasal kami semua tengah lapar belum lunch. Rezeki lah makanan banyak je lagi. Manusia je dah takde. Baguslah tenang & aman kami makan. Snap2 pic kejap sbg bukti kehadiran =P & chow sin lah kami balik rumah terus. Kerja habi tak settle lagi, so lepas hantar kami dia ke office semula. Haihh....

Bila habi takde, anak2 semua boring tinggal dengan mak yang memang malas nak tengok TV bagai. Lepak bilik semuanya tido awal. Habi balik pukul 5.30pagi sampai rumah. Macam tak bercuti dah dia. Kesian. So dia sambung tido sampai 1 tengahari gitu kot. Aku jelah melayan budak2 kat bawah. Rumah macam dilanggar garuda. Lantak lah tak menang tangan aku nak ngemas ngn handle budak2 tu. Kang apaknye bangun barulah kemas sikit2. Kelaparan dah budak2 belum lunch, pukul 3ptg kami gerak ke Nilai makan kat Pizza Hut. Kira makan beso utk birthday Naurah samalah. Then pergi Tesco beli Nutella besor utk ganti yang Ann punye deme pegi makan sama roti pagi tu hahaha. 

Nak marah pun kesian pasal budak2 tgh lapor. Aku masetu sambung tido dengan Nadim & apaknye. Maklom ler laki takde kat rumah tido pon terjaga-jaga dok tengok dia dah balik ke belum. Rutin mengepam lagi. Bukan saje nak bangun tido lambat taw hehe. 

Itulah ceritanya weekend yang bercampur aduk. Kejap je dah Isnin semula...hmmm...last week for February. Dah nak masuk bulan 3 pulak. Hmmm....







Kesayangans semua. Tq Allah.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat