3 Hari Tanpa Henfon

Alhamdulillah selamat dah habi pergi & balik dari Kelantan o/s. Sebab jauh perjalanan dia nak kesana, hati tu tak berapa nak tenang ditinggalkan di rumah in law with anak2. Doa kat Allah selamatkan perjalanan dia pergi & balik pastu permudahkan sekali kerja dia kat sana. Biar cepat settled kerja, dapat balik awal jumpa ngn kitorang. Awal pagi Isnin dia dah sampai. Ya Allah lega hati Dia je tahu. Even muka dia macam cencurut pasal penat & tak cukup tido, as long as dia ada depan mata in 1 piece & bernyawa sihat walafiat, syukur dah.

Haa...nak cerita yang aku tertinggal henfon kat rumah Salak malam kami ke rumah in law tu. Punyelah memberontak hati aku takde henfon 3 hari kompem mati kutu haa. Sebelum habi gerak ke Kelantan dah tarik muka masam pulak sbb dia yg kemas barang. Hishh..not good betul. Cepat2 tenangkan hati & salam peluk cium habi macam biasa. Berat hati rasa sebab risau ke dia. Tapi itulah taknaklah tunjuk sangat kan perasaan kita. Doa yg baik2 je pada Pencipta.

Kemudian aku terfikir ayat dari Al Quran ni. Ayat aku ni taklah seindah Al Quran tapi aku tulis secara biasa jelah ye spt yg aku faham. " boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik bagi kamu & apa yg kamu tidak suka itu pulak sebaliknya '. Lebih kurang gitulah ayatnya. Yes, aku kena tengok dari sudut positif pasal henfon tertinggal tu. Ada yang Allah nak bagi pelajaran pada aku ni. InsyaAllah. Aku kena buktikan aku boleh hidup tanpa henfon. Its a challenge.

Tak masalah pun nak tahu perkembangan ttg habi. Sehari 2/3 kali dia call rumah mak dia update. Ada sekali tu aku tinggal dgn Nadim berdua, aku call dia tanya khabar. And amazingly tanpa henfon yg jadi peneman setia aku masa mengepam susu, susu tetap jugak keluar kehkehh. Ape kena mengena tah ehh? Nampak sangat mengada. Dulu masa ngepam time Naurah takde lagi smart phone internet ni bagai boleh je hidop. Masa Nazif je dah terbiasa bertemankan henfon sambil melayan media sosial, jadi terbiasa sampai ke Nadim ni ha. Saje ngada.

Dan aku rasa aku jadi better mummy to my kids bila henfon tak ada. Memang sepenuh hati layan anak2 tanpa gangguan henfon. 3 hari lepas memang bonding habis dengan budak2 especially Nadim yg boleh kata 24 jam berkepit dengan aku. Kemain happy sangat dia mengekek ketawa bila diagah. Dia dah jadi baby yg happy. Yeayyy. Sblm ni sbb masa tu singkat weekdays cuma malam bbrp jam je dgn dia, jadi dia pun tak bape nak bermain sgt. Now he's totally a different baby in my eyes. Aaa...rasa happy sangat dapat spend quality time with him. Pagi tadi bangun tido mood happy je dia main2 dgn kami semua. Asyik la mengekek. Alhamdulillah.

Henfon ni memang berhantu lah. 3 hari tanpa dia aku rasa tenang pun yer. Fokus pada alam nyata & jadi Ibu yang susah skek nak naik angin. Agaknya henfon ni pun banyak sgt info masuk dalam otak buat kita serabut kot. Entah lah. Yang ni buat aku teringat ttg tulisan Ulama Saudi & Penulis buku terkenal La Tahzan, Dr. Aidh Abdullah Al Qarni. Dia kata tak payah nak sibuk2 sangat pun tahu tentang info dunia skrg ni. Tau basic je sudah. Sebab dia kata baca byk sgt info buat kita serabut. Dari penulisan dia tulah aku tak baca paper sangat sampai skrg. Mmg kurang serabut otak pun yer. Sbb dia kata kita byk baca info yg tak perlu dr yg perlu. Yang pasti, memang ada hikmahnya aku tertinggal henfon tu. Sampai memang rasa kena tulis kat sini sbg ingatan.

Nak kata tak perlu henfon lnsng memang tak lah. Kena ada juga sbb senang nak berhubung dgn family & kawan2. Cuma lepas ni kena kurangkan lagi tabiat henfon kena sentiasa ada tu. Esp connection dgn media sosial. Baiklah, aku cuba. InsyaAllah. 

Pipi tu memang selalu jd mangsa cioman huhu






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat