GabaG Radja

GabaG ni cerita duit gaji bulan lepas yang sebenarnya telah di manage dengan lebih bijak drp gaji bulan ini. Haihh...menyampah kalau ingat pasal gaji bulan ni. Belum masuk bulan 4 duit dah tinggal sipi2. Memalukan betul lah macamkan baru dapat gaji pertama tak pandai nak manage lagi. Kena rasuk hantu agaknya aku weekend lepas grrrr

Beg ni adalah beg pam, cooler bag & merangkap backpack letak segala brg keperluan harian aku ke office lah senang cakap. All in 1 bag only. Sebbaek beli backpack pasalnye berat okay bile dah letak ice packs bagai tu. Kalau beli yg jenis sling mau rebeh sebelah bahu aku hehe. Beg ni dibeli setelah berfikir banyak kali jugaklah. Letih dah tak menang tangan nak pegang beg yang ada 3 tu. Skrg semuanya dah jadi 1. Yahooo! Takde dah kemungkinan besar nak tertinggal beg bila dah kalut sangat pagi2 tu.

Plus beg ni dibeli sbb cooler bag bawah tu boleh tahan ais lebih lama iaitu 16 jam instead of 8-12 hours for normal cooler bag. Teringat pasal holiday bulan 7 nanti banyak nak travel outdoor dengan anak2, so lagi senang kalau semuanya masuk dalam 1 beg je. Beg macam ni habi nak galas pun tak malu sangat. Aihh senang kata aku nampak kelebihan banyak la beli beg ni. InsyaAllah ianya 1 pembelian yg berbaloi-baloi.

GabaG is originally from Indonesia. Bagusnya mereka terfikir tentang ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tapi berkerjaya perlukan beg yg convenience but still fashionable macam ni. Plus cooler beg tidak lagi boring dengan beg yang takde corak & design yang old skul. Kalau korang tengok beg GabaG ni semuanya menarik & up to date macam handbag biasa. Gugel je kalau nak tengok banyak lagi design lain.

GabaG Radja ni aku beli kat Cozy Baby ada promosi RM136 with postage. Harga sebenar kena tambah postage lagi. Free 2 ice packs lagi. Material beg adalah berkualiti. Terbaekkk.


Bawak masuk Surau nak pam semua dok tanya pasal beg yang menarik ni hewhew. Best pasal pam M1 yang comel tu tak payah nak bawa keluar dari beg pun. Caj dari plug point terdekat. Dah siap pam masuk susu dalam botol, buka zip cooler beg kat bawah & masukkan. Its so easy. Freemie yang makan ruang tu pon tak masalah nak sumbat. Love love love. Ini barulah dinamakan pembelian yg berbaloi.






Huu..sudah jatuh cinta sama ini beg. Memudahkan sangat.1 beg je galas keluar dari kereta. Tangan free boleh lenggang kangkung. Nak pegang tangan habi over sangat la pulok kahkahh =P






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat