Kekurangan Ibu

Ahh busy pulak lately kat office ni arrange macam2 berkenaan bos lama dah nak berhenti last day Isnin depan & attend pelbagai jobs dari bos baru. Ada 2 bos yang nak diberi perhatian of kos la kelang kabut skek kan. Apapun best jugak bila bz macam ni tau2 je dah nak balik. Terbayang dah wajah Naurah, Nazif & Nadim anak2 yang disayangi. Setelah seharian berpisah dengan diorang, its time to bersua muka semula. Tak sabar rasa hati. Feeling mak2 sangat sekarang ekekek =P

Dalam hati berbunga siap ada rama2 skrg ni dekat Nadim. Dalam otak tu macam dah set inilah last aku jaga anak yang masih baby, so every moment yang ada memang aku cherish sangat sangat. Kalau boleh nak rakam semua moment dengan dia dalam video & dapat buat kenangan dimasa depan bila dah rindu baby. Takde makne dah nak tambah anak lagi bila rasa rindu tu datang yer hehe.

Naurah bila dah besor ni kemain mcm2 soalan susah dia bagi kat aku. Kekurangan diri aku jugaklah sebenarnya sebab bila anak makin besar, perhatian aku pada diorang memang berkurangan. Aku tak perfect. Aku mengaku kekurangan diri yg ada. Bila dia nampak aku layan Nadim dengan penuh kasih sayang, dia pandai dah tanya 'ibu memang sayang anak ibu yang baby je eyh?'. Atau ayat penyata dia ' dulu masa kite kecik ibu sayang macam sayang Nadim juga ke?'. Allah....rasa tersentap jugak hati kadang tu bila mendengar kata2 tu keluar dari mulut anak.

Antara perkara yg paling aku takut bila ada anak lebih drp seorang adalah keadilan dalam memberikan kasih sayang. Aku pernah diskas dengan habi pasal ni masa pregnant Nazif dulu. Dia kata it should be okay, InsyaAllah. Kita cuma manusia mana mungkin dapat adil seperti adilnya Yang Maha Esa kan? Jadinya aku cuba perbaiki dirilah bab layanan pada anak2 ni. Jeles sangat kat habi bila tengok kasih sayang dia pd anak2 nampak semuanya sama. Kenapa aku tak boleh jadi macam dia?????? Ahh...rasa bersalahnyaaaaa....sobsob

Habi bab sayang anak memang aku respect. Even Naurah dah besar, Nazif makin menakal, tetap dia peluk, dukung, kiss macam masa diorang masih baby. Dan handle peel yg selalunya buat aku mendidih dada dengan penuh kelembutan yg sepatutnya ada pd seorang Ibu tapi malangnya bukan aku. Aku tak macam dia. Aku lebih fokus pada yg paling kecil sbb pd aku dia perlu lebih perhatian & secara tak sengaja terabaikan anak2 yang lebih besar. Haih...bersalahnya rasa pada Naurah & Nazif. Biasalah budak2 bila makin besar dah macam2 peelnya yang buat kita mudah naik angin & selalu nak marah. Kalau baby yg tak faham apa2 aku nak marah jugak memang something wrong sangat kat aku lah kan hehe. Thats y aku lebih senang tunjuk kasih sayang pada baby yang tak mengerti apa2.

Slowly aku cuba utk lebih lembut & menunjukkan kasih sayang pada Naurah & Nazif agar tak terkurang sangat dgn apa yang aku bagi pd Nadim skrg. Peluk diorang, cium diorang just like habi. Kalau tengok kasih sayang habi pada anak2, memang malu sangat aku seorang ibu tak boleh nak buat macam dia. Macam mana dia boleh sabar dgn karenah anak2 tu memang jadi idola buat aku utk jadi at least selembut dia. Hmm...cita2 tu dah ada, now kena doa banyak2 & lebih dekatkan diri pd Allah sebab Dia je yg boleh ubah sikap manusia yang dah berpuluh tahun hidup ni. Bukan senang yer. Dgn usaha aku sendiri je tak cukup. Ia perlu datang dengan bantuan Allah yang menciptakan aku. Moga dipermudah.




 Ibu minta maaf ye anak-anak sebab tak dapat jadi Ibu yang lemah lembut sobsobss.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat