Memang Cermin

Ingat lagi tak entry aku pasal suami isteri tu cerminan diri masing2? Terbaru baca post Ustaz Ebit Lew tentang suami yang komplen pasal isteri dia buruk itu ini, Ustaz ajak ikut dia pergi dakwah, tidur masjid, bangun tahajjud & menangis kepada Allah. Setelah seminggu, dia balik isteri sambut dia dengan baik & dia rasa isteri dia dah berubah. Betulkah isteri yang berubah atau suami yang berubah? Tiba2 suami nampak pelbagai kebaikkan dalam diri isteri & mungkin juga sebaliknya. Moral of the story, perbaikilah diri kita dulu InsyaAllah orang yang kita rasa perlu dibaiki tu akan turut serta. Dan...dekatkanlah diri dengan Allah supaya kita sentiasa nampak yang baik2 instead of yg buruk2. Tak tahulah macam mana, kuasa Allah. Tiada yang mustahil bagi Dia.

Kita sebagai seorang muslim dididik utk sentiasa bersangka baik pd Allah samada kita dlm situasi susah mahupun senang. Sebab sifat Allah itu maha sempurna. Tiada cacat celanya langsung. Kalau kita sayang Allah, rajinkanlah diri 'berjumpa' dengan Dia. Perbanyakkanlah zikir & doa. Selalulah cuba relatekan diri kita dengan Allah. Buat apa2 ingat Dia. Benda ni kita kena biasakan diri. Bila dah terbiasa, tak jadi berat dah. Yang penting kan kita sentiasa niat nak dekat dengan Allah. Nak perbaiki hubungan dengan Dia. Lambat laun InsyaAllah kehendak hati kita ni akan tertunai samada cepat atau lambat je.

Jangan la sampai tak pernah ada cita2 nak perbaiki hubungan dengan Tuhan yang menciptakan kita. Takkanlah tak pernah rasa nak berterima kasih pd Dia kan? Banyak benda dalam dunia ni bermula dengan niat. Keinginan. Kemahuan. When there's a will, there's a way. InsyaAllah.

Hidup kat dunia ni memang menakutkan sbb terlalu banyak perkara yang boleh melalaikan dan melekakan diri kita. Paling susah kalau benda yang melalaikan tu sesuatu yang dekat dengan diri kita & kita sayangi. Apelagi kalau bukan keluarga kita sendiri. Suami, anak-anak. Begitulah kita manusia sentiasa disibukkan dengan keluarga & kerja. 2 perkara ni yang selalu buat kita tewas. Jadi kawan2, marilah kita ingat mengingati sesama kita dalam pada kita menjalani kehidupan kat dunia ni, jgn terus lupa utk bagi masa kepada Allah. Kalau ibadat wajib dah sempurna, tambah lah dengan ibadah sunat pula. Slowly lah. Dan yang penting istiqomah. Jgn tamak nak buat banyak sangat sampai rasa terbeban sudahnya langsung kita tinggal terus.

Biar sikit asal berterusan & berkualiti. InsyaAllah. 

Bab hubungan dengan Allah ni tak pernah tak buat aku runsing. Always cari jalan macam mana nak lebih better and better and better dalam cita2 utk menjadi hamba yang lebih disayangi. Cari masa...cari masa....jgn pernah putus asa. Nanti bila nyawa dah kena tarik, aptb. Nak menyesal pun dah tak guna. Hmm...






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat