Nadim Dah Meniarap

Ahad lepas seharian Nadim meragam. Dok sapu la byk kali krim Tropika kat perut dia tu but to no avail. Check suhu semua normal takde yang unusual. Kejap kejap merengek. Main pun takmo sangat. Menyusu pun kurang. Haihh, ape yg x kena dengan awak Zayydan?

Serba salah sikit nak hantar dia ke taska semalam. Takut dia masih bad mood & menyusahkan pengasuh pulak. Tapi pagi tu dia ceria dah mau main sengih2. So kurang rasa risau & hantar jelah. Wassap owner taska tanya how he is. Ibu Midah kata OK je & Nadim dah meniarap!!! Homaiii...agaknya meragam sebab nak dapat skill baru kot eyh? Memang tertunggu dia meniarap sebab supposedly by 4 months mmg dah develop skill tu ah kan. Finally at 4 months 1 week +- dia dah boleh niarap. Yehhhooooo!!

Development lain dia semuanya banyak yg dah achieve. Like dah boleh genggam barang. Dah peka dengan bunyi & boleh ikut pergerakan toys yang kita mainkan dekat dia. Dah ketawa mengekek. Dah bunyi macam2 bla bli blu pot pet ntah pape. Dan paling power ailio menjejes tak berhenti kahkahhh. Dah la suka sumbat penumbuk dia dalam mulut. Habis bersenyeh muka dengan ailio. Tapi ailio baby kan wangi tak macam kita. Lagi pulak dia fully breastfeed kan. Tak geli pun nak ciom gomol pipi yang pejal tu hehe.

Ahh I really enjoyed having Nadim as a baby. Maybe sbb fikir dah takde baby lagi lepas dia kan. So sangat menikmati & menghargai masa2 yang sekarang ini. Lagi pulak pd aku Nadim ni paling senang jaga berbanding 2 anak sebelumnya. Dia boleh baring lama dibiarkan tanpa merengek suruh diangkat. Dulu adored sangat nampak baby yg mcm tu. Akhirnya dapat jugak merasa baby yg tak banyak songeh. Happy. Sebab dia baby yang baik, aku pun happy jaga dia even at times dia meragam.

2 months to go before he can start his solid food. Ada orang suka delay bagi anak makan kan? Tapi aku pulak jenis tak sabar nak bagi anak merasa makanan. Lelebih lagi bila aku nampak diorang dah ready nak mencuba. Antara tanda2 anak dah ready nak makan solid food ialah bila minum susu makin kerap mcm x kenyang sangat & dia nampak teruja bila kita makan apa2. Plus dia makin suka masukkan tangan dalam mulut lah. Skrg dah ada homemade baby food yang segera tapi healthy yer no sugar or salt added yang dibuat oleh para ibu yg prihatin. 

Memang dah aim dah a few sites yang jual instant homemade food for baby since aku ni berkerja so kalau boleh memudahkan kerja aku apa salahnya kan? Kalau sempat, aku masak tapi kalau tak sempat, yg instant pun tak masalah. Tak payah nak pressure diri sangat utk jadi perfect nak buat segalanya dgn sempurna. We are just a normal human being right? Instant baby food ni pun sangat membantu bila travelling. Utk misi holiday bulan 7 nanti memang kena beli stok sesiap =)

Its okay if some people rated me as a lazy mother etc. Aku cuma tak suka paksa diri buat benda yang boleh buatkan aku rasa x ikhlas dalam tak sedar. Mengeluh dalam tak sedar. Just chill & relax2 sudahlah. Same goes with kalau susu badan tak cukup, dari anak asyik menangis kelaparan, apa salahnya guna sikit susu tepung? Bukan kita bagi anak minum racun pun. I just don't understand mothers yang hardcore tak tentu pasal sampai sanggup biar anak menangis kelaparan bila susu badan tak cukup. Dalam Islam pun kita tak boleh nak taksub sangat dgn sst benda. Dalam ibadat pun kita tak digalakkan sampai memaksa diri buat banyak sangat amal ibadat sampai memakan diri. Wasatiah lebih dituntut. 

Aihh entahlah. Masing2 dah besar, fikirlah sendiri. Being a mother kalau boleh mmg kita nak bg yang terbaik pada anak2. Tapi berpada-padalah.....thats all.




Tengoklah tu muka ketat. Rupanya nak develop skill baru yer Zayydan.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat