Period After IUCD

First time period after pasang IUCD. Tak sangka heavy flow sangat hari ke-2 & ke-3 ni. Just like yang doc bagitau lepas pasang tu. Setengah hari ni saje dah 3 kali tukar pad overnight yang semuanya full. Itu pun dah bocor sekali, meleleh kat kaki sekali. Next period memang kena bawa spare baju office & panties la nampak gayanya. Badan pun kemain lah letihnya ni macamkan pergi menoreh getah kerjanya. Padahal duduk dalam ekon je kot ngadap PC. Once in a while ke main office ambil dokumen or ke surau or ke toilet. Bukan kerja berat pun. Tapi dek kehilangan banyak darah kotor ni pun ada effectnya kalau heavy sgt. Lemau.

Selain drp heavy flow, doc pesan jugak usually period drag spots sikit2 so kalau sebelum ni dah boleh mandi wajib hari ke-7, after this maybe tak lagi. Nantilah aku update lepas dah settled cycle ni kang. At the moment tgh melayan heavy flow ni lagi. Harap esok dah kurang skek. Maklom la weekend nak spend time dengan budak2 plus nak outing ada kenduri bagai. Kalau badan tak fit, mulelah nak merimau aku ni hahaha. Asyik singa je kena kalau naik marah. Kali ni aku salahkan pak rimau pulak =P

Plan asal esok nak tempah langsir raya & cari baju raya. Teringin nak sedondon dengan Naurah tapi xtau la ada lagi ke tak orang ambil tempahan baju raya. Kang sesia beli kain tade sape nak jahit. Tahun ni habi kata tema kaler brown. Homaiii...my feveret kaler tuuuu. Akhirnya tahun ke-7 kahwin baru nak jadikan kaler tema raya. Apekahhhh???? Rasa nak dark brown la bagi effect kurus skek ekeke. Biasalah aku dgn warna gelap berpisah tiada. Gasak la orang kata kaler orang tua pong. Sukati aku ah kan? hehehe

K tu jela. Salam Jumaat. Jumpe Isnin depan InsyaAllah.


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat