Rutin Kehidupan

Aihh...sokmo entry tazkirah je lately yer. Itu menunjukkan betapa otak aku ni asyik la fikir tentang peningkatan diri dalam konteks menjadi hamba Allah yg lebih baik. Nak suruh aku tulis hari2 pasal tu pon takde masalah sbb memang otak tu memang sentiasa berjalan hari2 nak tanam rasa cinta & sayang pd Pencipta sekalian alam ni. Maklom ler waktu lapang kat opis ni agak banyak la jugak. Selain drp hal kerja, ingatan pd anak2 yang jauh dimata & benda remeh yg lain, aku suka berfikir tentang Allah dimana pun aku berada. Kadang tgh berjalan ke main office tu, terfikir dah apa2 idea. Sentiasa cuba relate stp pkr dgn Allah.

Bila kat rumah tak banyak masa nak fikir tentang Dia. Siryes mmg sibuk dgn hal rumahtangga. Nak layan anak2 makan, nak bergurau senda, nak tolong Naurah buat homework, rutin milk pumping, nak buat kerja rumah lagi. Ya Allah memang sangat sibuk diri ni dengan keluarga. Masa singkat waktu malam yang ada tu sangat penuh. Tau2 je dah terlelap dgn Nadim & tengok jam entah pukul berapa. Kadang tak larat sangat mata ni nak bukak even utk pam susu pun. Letih. Tapi itulah..kena kuatkan semangat juga. Dapat sekali sekala berjumpa Allah di awal pagi tu dah syukur sangat dah skrg. Sedih.

Lepas pam kadang terus bangun utk solat & seterusnya turun kebawah buat kerja2 rumah yang tertangguh. Basuh botol, basuh pinggan mangkok, lap meja, lipat baju. Kadang nampak ada baju dah basah belum disidai, so tolonglah kerja habi tu takyah nk berkira sangat kan? Pasal sllunya peel habi suka sidai baju pagi sblm ke office tulah yang buat punch kad aku selalu merah. Menyampah kite taw hehehe =P

Kalau taknak lewat masuk office, aku kena sacrifice lebih waktu tidur & rehat. Then barulah semuanya smooth sailing in the morning. Kadang hati rasa geram jugak sebab habi taknak ubah rutin dia bab basuh baju, sidai baju & iron baju tu. Aku bagi dah idea cane nk jadikan kerja dia tu smooth tapi dia kata tak larat nak buat. Penat. Maka akulah yg kena tolong dia & tambah rutin kerja aku. Sometimes aku tolong sidai baju & sometimes aku iron baju sekali. Membasuh waktu malam tu mmg dia takde masalah. Boleh je buat 2 round sambil tengok TV pastu TV pulak tengok dia. Sabor jelah.

Aihh..itulah dia hidup rumah tangga. Aku fikir2 dapat suami yang tolong basuh baju pun dah cukup baik kot. Takyahlah berkira sangat. InsyaAllah selagi ada kudrat, aku usahakan la tolong mana patut. Kat office ada masa lapang sikit boleh berehat sambil mengepam pagi & petang tu kan. Habi pulak kat office memang kena kerah tenaga pasal selalu ke site bagai. Itu bezanya antara kami.

Menghampiri 7 tahun perkahwinan, kalau boleh memang elakkan sangat sebarang konfrontasi dengan habi. Ehh..takde masa lah nak gadoh2 ni. Rutin harian yg ada pun dah cukup memenatkan mental & fizikal. Lagi mau tambah dengan sakit hati pulak ker? Ahh...tak koser aku. Dari gaduh, baik lagi tido hehehe.  







Demi suami, demi anak-anak...kena selalu ingat pada Allah supaya kita sekeluarga dirahmati & diberkati olehNya. Kita nak Allah lindungi kita dari bala bencana & masukkan kita dalam Syurga, jadi kita kena sayang & ingat Allah selalu yer anak-anak =)











Popular Posts