Tak Comel Haha

Kadang2 jumpa balik gambar2 lama budak-budak ni masa baby. Pelik betul masa diorang baby tu pada waktu tu aku rasa comel je deme tu. Tapi bila memasing dah besor & aku tengok balik pic diorang pd masa skrg ni, rasa tak comelnya lahai. Bwahahaha. Siryes ni tulis tak tipu. Naurah & Nazif both looks tak cute langsung kahkah. Cemane ntah boleh rasa comel masa dulu tu. Pelik tapi benar. Syukurlah mata ni kata comel masa deme kecik tu. Gasak la skrg kata tak comel pun. Bukan deme boleh jadi baby semula pun. Semuanya akan terus membesar dgn berlalunya masa.

Skrg ni aku rasa Nadim comel. Kemain lagi aku belek, ye ker comel ni? Haha. Nanti 2-3 years later agaknya samalah mata aku kata tak comel jugak masa dia baby just like his sister & brother. Nasib awak lah anak2 dapat mak mata pelik macam ni. Jangan risau, mak tak bagi kasih sayang kat awak semua berdasarkan paras rupa. Kalau dah namanya anak mak, semuanya mak sayang tanpa syarat OK! Dari kamu semua dalam perut lagi mak dah sayang sepenuh hati. Doa yang baik2 utk awak semua supaya jadi anak yang sihat sempurna soleh solehah. Amanah paling besar dari Allah utk ibu & ayah.

At the moment sedang sangat menghargai masa yang ada dgn Nadim. Dah 4 bulan dia. Berbelah bagi hati ni kejap rasa nak dia cepat besar, kdg rasa tak puas nak main dengan dia time baby ni. Maklumlah dah baby terakhir katanya kan. Pulak Nadim ni aku boleh kata baby yang senang dijaga. Rasa happy betul menjaga dia ni. Tak banyak karenah sangat. Selalu lah gomol dia & dia pun jenis pasrah redha je. Takde nak mengamuk pun kena gomol especially tang pipinya tu geram lah labuh sangat. Mantul je bila ciom kehkeh. I love you so much Nadim.

Kadang sampai rumah dah malam lps amek budak2. Nadim sama je peel macam Nazif jenis tido awal. Pukul 8-9 gitu mmg waktu dia tido dah la. Tak puas nak main dengan dia kdg saje je paksa dia main dulu gelak2 golek2 ciom baru bagi dia tido. Jahat betul mak hehe. Itulah nasib ibu berkerja yang rindukan kasih sayang anak. Waktu yang sangat singkat kalau tak digunakan sebaiknya memang rasa ruginya. Tidur pun tak berapa nak dapat cukup sebab nak uruskan hal rumah supaya nampak kemas teratur tak mcm sarang tikus. Semak mata tengok rumah serabut. Biasa la 3-4 pagi turun bawah mengemas apa yg patut. Lipat baju, basuh botol, lap meja & banyak lagilah. Waktu2 aman utk buat kerja tanpa gangguan. Puas hati bila tengok rumah terjaga. Barulah supermom namanya kan?



Molek nawlah duduk gitu Naurah oii. Tu Nazif tu paling payah nak diambil gambarnya. Geram betul jenis tak duduk diam huhu.


Apelah ibu ni amek gambar anak kepala separuh hewheww =P











Popular Posts