Fasa Perubahan Aku

Manusia ni aku rasa semuanya ada fasa-fasa kehidupan yang lebih kurang sama. Dari kanak-kanak, menginjak usia remaja, kemudian masuk fasa pemuda pemudi sehinggalah berkahwin & ada cahaya mata sendiri. Pada aku itu senang kata kitaran normal hidup manusia lah. Tapi jalannya tu tetaplah berbeza. Setiap seorang dari kita takkan pernah ada jalan hidup yang sama. Berbilion umat manusia ciptaan Allah, setiap satunya adalah unik. Maha Besar Allah. Selayaknya kita kagum pada kekuasaanNya.

Aku yang sekarang pun bukannya sama dengan aku yang dolu doluuuuu. Hidup aku pun berfasa-fasa sentiasa berubah mengikut pertambahan usia. Kalau nak cerita dari sudut menutup aurat, memang nampak lah turun naik iman tu. Bukan senang kita nak istiqomah yer kawan2. Selagi hidup kat dunia ni, fakta bahawasanya iman itu turun & naik memang tak boleh kita nak pertikai. Sudah hukum Allah. Sebab tu kita kena sentiasa memperbaharui iman. Atau kata mudahnya menyuburkan iman dalam hati. Kena selalu mencari & terus berusaha untuk tak terlari jauh daripada iman. Kena sentiasa dekat2 dengan dia dgn harapan bila saat Allah putuskan utk ambil balik nyawa kita, iman kita berada pada tahap yang bagus.

Aku takut mati kalau Allah ambil nyawa time iman merudum. Sebab tu kena doa selalu ambillah nyawa aku ni bila pahala dah cukup untuk masuk Syurga. Amalan dah cukup untuk jadi perisai azab kubur & api neraka. Berilah aku kesudahan yang baik. Ambillah nyawa dalam keadaan aku khusnul khatimah. Begitulah aku bermohon pada Tuhan yang menjadikan aku supaya berbelas kasihan pada hamba yang banyak dosa ni. Tanpa rahmat daripada Allah, dapat ke aku masuk Syurga? Takkannyerrrr :'(

Bila diimbas balik zaman-zaman lagha dolu2 tu terasa takutnya. Maklumlah akal pun tak berapa nak sempurna lagi. Asyik fikir nak enjoy usia muda aje. Syukurlah Allah tak tarik nyawa masa tu sobsobs. Kalau dari segi berpakaian boleh tengok juga daripada selalu dengan shirt lengan pendek & jeans kepada shirt lengan panjang & track bottom. Masa nak berubah start tutup lengan aku mulakan dengan sweater. Memang panas tapi memikirkan panas Neraka tu lagi berganda panas, aku sabarkan diri. Then dapat dah kumpul baju lengan panjang & paling senang pakai kurung je. Maklumlah masa student duit tak banyak mana. Usually cilok baju kakak2 yg deme dah taknak pakai je. Nasiblah masetu badan kurus lagi so takde masalah pakai baju even besar sikit. Secara tak langsung dah tepati syariat pakai baju longgar ye tak?

Tudung pun drp tudung ikat nampak leher kepada tudung ikat depan tapi masih nampak buah dada & akhirnya berbawal tanpa diikat sampailah skrg. Biar je lepas ke bawah lagi senang & jimat masa. Kadang kalau rajin selempang la jugak cuma kena pastikan buah dada tu di cover dengan baik. Sekarang pun belum sempurna juga aurat berpakaian ni. Contoh masih belum kuat nak pakai hand socks. Stokin Alhamdulillah sejak balik Umrah 2014 mmg dah jadi kebiasaan hingga hari ini. Mengimbas semua kenangan lama proses aku berhijrah dari sudut aurat ni membuatkan rasa bersyukur yg amat. Syukur sebab Allah bagi peluang utk memperbaiki diri sikit demi sedikit. Syukur datangnya kesedaran sebelum nyawa Allah ambil semula.

Sekarang bila aku tengok muda mudi dengan pakaian mereka, aku tak terus kecam & pandang rendah pd mereka. Sebab aku pun pernah melalui fasa seperti itu. Cuma aku doa Allah bagi mereka peluang seperti yg Dia bagi pada aku utk terdetik kesedaran mahu memperbaiki diri dari masa ke semasa. Ianya satu perjalanan dlm kehidupan. Setiap orang lain jalannya. Tapi asal Allah tunjukkan kita jalanNya, takde apa yang perlu kita risaukan. It will happen, InsyaAllah.

Itu kalau kita tengok dari segi aurat. Kisah aku tu sebagai contoh ajelah bagaimana aku berubah mengikut fasa kehidupan. Semua manusia akan berubah mengikut usia. Tipulah ada manusia yg tak pernah berubah dari kecil sampai dewasa. Sedangkan kegemaran kita pun boleh berubah. Contoh masa kanak2 aku tak suka durian tapi skrg hantu sangat hehe. Lagi contoh dulu aku tak kisah berhabis duit spend utk beli handbag, skrg aku tak rasa lagi ia 1 keperluan. Tak perlu beli dah sbb dah pakai GabaG. Beg pam susu & cooler beg haha. Begitulah yer Allah berikan kita merasa perubahan demi perubahan dalam fasa kehidupan. Ianya menarik utk kita fikirkan.

Sometimes jadi element of surprise sbb kite pun tertanya tanya apakah perubahan yg akan berlaku pd diri kita selepas ni. Cuma kita harapan perubahan2 yg baik ajelah yer. Jgn pulak dari baik jadi tak baik. Nauzubillhiminzalik.


Rindu pulak Nazif masa dia kecik. Adorable sangat. Bila awak tetibe dah besar ni Nazif? Rapat sangat dia ni dengan aku masa kecik2. Sejak ada Nadim memang dah ada gap sikitlah. Aku pun sblm Nadim lahir mmg dah train dia rapat dengan habi. Tetibe rindu masa dia kecik gini. Now mmg byk fokus kat Nadim lah. Anak yg besar2 bagi rapat dengan Ayah. Aku ni bab jaga baby mmg bagus tapi bile anak dah masuk toddler jadi hampeh. Nanti Nadim dah besar sikit kena perbaiki semula bonding dengan anak2 dah besar ni. My bad.











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat