Pendaftaran Tahun 1 SRAI Salak Tinggi 2017

Alhamdulillah ambil dah akhirnya borang pendaftaran Tahun 1 utk Naurah next year kat pejabat sekolah SRAI Salak Tinggi. Borang kena ambil & hantar ke sekolah semula dalam bulan April ni je. Adalah a few dokumen yang dia suruh kita buat copy & info yang kita perlu tahu utk exam kemasukkan bulan 5 nanti. Seronoknya kalau Naurah lulus exam dan boleh masuk sekolah ni. Senang pasal kurikulum sekolah biasa & agama dah sekali. Takdelah penat sangat anak nak kena transit pasal sekolah berlainan kan. 1 sessi je sampai ke petang pastu transit kat kindy Naurah skrg sekejap tunggu kami habis kerja pikap.


Aku beli sekali Koleksi Soalan Exam SRAI Edisi Ke-3 dgn harga RM15. Soalan dia lebih kurang je dengan copy yg Ticer Nurul bagi utk soalan exam tahun2 sebelum ni. InsyaAllah Naurah boleh jawab cuma tang tulisan jawi & bahasa Arab tu masalah sikit kot. Kena pesan kat Naurah jawab mana yang boleh jawab je. Kalau tak tahu, tinggal jelah teruskan jawab soalan yang seterusnya.


Aku ni even bukan dari aliran sekolah agama, tapi memang minat nak soh anak belajar agama. Maklumlah ilmu agama ni merangkumi bahagia dunia & akhirat. Diharap seiring dengan akhlak yang baik & amal ibadat yang dipraktikkan sampai menjadi way of life akan turut sama menjadikan anak2 berjaya dalam kehidupan kat dunia jugak. Tak kisahlah kerja apa pun asalkan halal & tak meminta-minta. Kena ingat yg dunia ni persinggahan aje utk kita bukan hidup yg kekal abadi pun. Fokus lebih tu biar bahagia akhirat sebab itulah kehidupan yg hakiki.

Ini jelah usaha kami sbg ibu bapa boleh cuba bagi utk anak2. Untuk cuba suburkan iman dalam hati diorang dari kecik lagi. Sebab aku dulu masa kecik lagha aje sampailah ke remaja. Kesedaran tu datang berperingkat & itupun syukur Allah bagi peluang utk berubah jadi lebih baik dr masa ke semasa. Kalau dari kecik dah berakhlak baik, menutup aurat dgn sempurna & beribadat sedaya upaya, bukankah ianya lebih baik drp apa yang aku pernah lalui dulu? Masa kecik nilah kita boleh decide nak corakkan anak mcm mane kan. At least kita dah cuba, berjaya ke tak itu urusan Allah.

Okeh, marilah mengisi borang & lengkapkan. Doa kat Allah kuat2 dapatlah Naurah join kawan2 kindy lama yang dah sekolah kat sana skrg. Aminnn





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat