Puding Roti Buah Pic




Sabtu malam yang lepas aku & Naurah bergabung tenaga menghasilkan Puding Roti Buah Pic seperti gambar diatas. Nampak elok kan kejadiannya? Happy & puas hati. Bonding time with my one and only daughter. Bukan senang nak dapat spend time buat xtvt mcm ni dengan dia. Syukurlah Nadim & Nazif di awasi oleh habi sudah ketiduran di depan TV. So dapatlah aku & Naurah spend time bersama dengan tenang.

Puding roti ni special sikit drp puding roti biasa sebab kat bawah tu penuh dengan susunan buah pic dalam tin. Lepastu ada tambahan whipping cream yg menjadikan puding lebih rasa berlemak. Sukatan gula as usual aku kurangkan. Lagi pulak nanti nak makan dengan sos pudingnya kan. Habi pun kata just nice je bab kemanisannya tu. Misi berjaya.

Resipi ni aku cilok dari group Masak Apa Hari Ni kat FB. Tetibe rasa mcm nak try buat pulak. So bersungguh ler cari bahan2 yg diperlukan. 

Roti (aku guna wholemeal)
Telur 10 biji
Gula
Buah pic dalam tin
Hirisan badam
Susu full cream (Dutch Lady) 500ml
Whipping cream (Anchor) 500ml

Utk sos puding pulak. 1 tin susu cair, gula, whipping cream, tepung kastad. Resipi spttnya ada telur tapi aku malas nk tambah psl 10 biji dah kot guna masa buat puding roti tu. Muak telur banyak sangat hehe

Malam tadi saje makan dengan nutella. MasyaAllah sedapnya sejuk2 tu ada rasa coklat lagi huhuhu. Lepasni tahun 2017 kot baru nk repeat lagi buat. Bahaya gula tinggi sangat haha.

Paling menyampah Naurah & Nazif dedua tak minat nak makan. Naurah kata rasanya macam besi. What the.....tergelak-gelak habi dengar. Aku lagi la tak puas hati besi mender pulak ni??? Tak tercapai akalku dari mana dtg rasa besi tu. Siap tanya habi ye ke rasa besi? Dia kata OK je. Geram aku kat Naurah ni. Terus down mood mak ko ni hah kahkahh =P

Nazif pulak aku taktau la sbb  pengaruh Naurah ke ape, aku suap sesudu dia nganga, pastu kuorkan balik kat sudu yg sama. Memang saje nak bagi aku down takleh bangun terus dah. Pitam. Sobsobs.









Popular Posts