Resipi Cheese Roti Biskut Nutella

Tak sedap betul nama dessert ciptaan aku ni hahaha. Tak tau nak bagi nama apa bagi sedap skek sebut. By the way resipi ni aku cipta berinspirasikan drp resipi femes Cheesekut atau Cheese+Biskut. Pernah la dolu2 buat sekali Cheesekut ni pastu takde dah. Biasalah aku takde passion bila buat sesuatu benda. Jenis dapat buat sekali jadiklah. Jarang nak ada rasa teringin yang membuak-buak kecuali kalau boleh order kat orang lain bahahaa =P Nama pun pembeli tegar kannn

Ok stop merapu. Meh aku share resipi penambah lemak & penyakit yg terhebat di musim panas ni. Paling penting tak perlu mixer & oven. Dalam setengah jam dah siap masuk dalam peti tunggu sejuk sebelum ngappp. Mlm td belum sejuk masa pun baru sejam gitu aku dah tak sabar nak rasa & paling penting sekali bagi Naurah rasa. Siap dia kalau kata ada rasa besi lagi mcm aku buat Puding Roti ritu grrr. Sebbaek dia kata sedap. Mau tak sedap kalau ada rasa nutella tu. Feveret dia la tu nak sapu kat roti ehhee...

Bahan-bahan:-
Roti Wholemeal
Biskut Hup Seng
Cream Cheese (brand Tatura)
Whipping Cream (brand Anchor)
Low fat milk HL (Marigold)
Susu Pekat Manis
Nutella

Cara buat:-
1. Carikkan roti wholemeal dlm 4 pcs gitulah & sapu nutella setiap satunya. Biskut pun sapu nutella. Nak patahkan boleh, nak biar sekeping pun boleh. Ikut suka hati.

2. Blend cream cheese, low fat milk, susu pekat biar sebati. Nak manis mana boleh ekjas dgn susu pekat tulah. Part ni best pasal buat ikut tekak kita. 

3. Susun roti & biskut yg dah sapu nutella dalam loyang. Dah susun tuang la campuran yg kita dah blend td. Buat selang seli roti & biskut.

4. Masuk dalam fridge & tunggu sejuk bolehlah makan. Aaaa sedap gila. Kuah cheese tu pada aku xyah manis sgt sbb nutella tu dah manis. Buat lemak2 gitu je dah heaven. Aku saje buat kuah tu cair sbb suka mkn berkuah gitu. Mcm puding roti la ada sos hollandaise tu kan. Yummy sangattttt. Sila cuba resipi yang sgt mudah ni 

5. Agak2 jelah dia punya sukatan tu. Aku main belasah je ikut naluri nak letak banyak mana haha. Nampak sangat bukan baker =P

Rupa takde tapi rasa dia perggghhhhhh






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat