Salam 1 Rejab 1437

1 Rejab dah hari ni bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia. Senang kata lebih kurang 2 bulan je lagi kite akan berjumpa dengan Ramadhan. InsyaAllah kalau panjang umur yer. Sepatutnya bulan Rejab ni kite dah ambil kesempatan utk banyakkan berpuasa sunat bagi melatih perut untuk berpuasa sebulan Ramadhan nanti. As usual bila menyusukan anak ni antara yang paling seriau bile bab kena puasa. Risau supply susu tak mencukupi sebab tak minum air banyak. Walaupun sebelum ni dah pernah tempuh puasa dalam situasi menyusukan anak, cabarannya aku rasa takkan sama. Maybe dulu OK, nanti dah tak OK. Allah je yang tahu kan? Cuma tetap kena think positive jelah & yakin Allah takkan sengaje nak menganiaya hamba yg diciptakan kejadiannya.

Masa bersahur kena minum air lebih drp biasa. Makan sekali milk booster like overnight oat yg juga akan bagi effect kita rasa kenyang dengan lebih lama. Pam susu dalam emosi yang relax & happy. InsyaAllah semuanya baik2 je. Syukurlah stok EBM beku masih lagi berbaki. Itulah back up yang sangat perlu ada bila bulan Ramadhan nak datang in case yield susu fresh tak berapa meriah. Syukurlah bulan Ramadhan nanti Nadim dah 6 bulan lebih. Dah boleh start solid food & tak bergantung fully pada susu badan. Ya Allah pantasnya masa berlalu dah nak 6 bulan perjalanan menyusukan badan sepenuhnya anak bujang tu.

Alhamdulillah setakat ni Nadim belum pernah demam kecuali selsema yg berjangkit dari Nazif selalunya. Itupun cepat je baik dalam beberapa hari. Agaknya kuat antibodi sebab susu ibu kan? Aku ni tidaklah hardcore sangat bab nak bagi susu badan ni tapi aku more to pada berusaha sampai tak daya. Aku happy menempuhi perjalanan sepanjang penyusuan badan pada anak-anak & sentiasa cuba yang terbaik untuk itu. Dari segi peralatan mengepam, botol EBM, botol susu sampailah cooler beg merangkap beg pam, semuanya aku enjoy melengkapkannya. Memang setiap anak aku berhabis duit banyak tapi tak rasa ralat pun even tak pernah lagi dapat bagi susu badan cukup 2 tahun atas sebab2 yang Allah dah takdirkan. Sebab semuanya aku buat dengan penuh semangat & usaha.

Bab tidur memang berkorban habis lah untuk menepati waktu rutin mengepam susu supaya dapat hasil susu yang mencukupi. Selagi anak-anak tak reject susu badan, selagi tu aku akan terus mengepam. 6 bulan pertama bagi anak2 pada aku paling kritikal sekali utk bagi susu badan ni. InsyaAllah Nadim pun akan lengkap 6 bulan dapat sepenuhnya susu badan aku macam kakak & abangnya. We can do it Nadim!!

Teringat pulak pengalaman mengepam susu badan masa buat Umrah back at 2014. Alhamdulillah dipermudahkan semuanya sampai dapat bawa balik stok EBM beku dengan sempurna utk Nazif yang baru 8 bulan masa tu. Bila kita berkehendak sesuatu yang baik, Allah izinkan, ianya satu pengalaman yang sangat berharga. Takde galang gantinya. Salam Rejab everyone! Jom kita perbanyakkan ibadah sempenan bulan yang istimewa ni. InsyaAllah.




Comel2 Instamag punya theme ni. Boring2 dok buat benda ni la kat henfon masuk pic anak2. Anak dah 3 pun tetap excited je buat benda gini. Siapa kata anak pertama je kite excited? Tak ponnnnnnnn =P Setiap anak adalah sangat berharga. Gittewwww








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat