Shopping Online Next UK

Klik gambar untuk perbesar


Yaahhh....tak sabar hehehe. First time order & bayar sendiri guna Debit Card pembelian kat Next UK ni. Sebelum ni cuma tumpang parcel dekat Fad. Transfer duit kat dia & dia yang orderkan. Then parcel sampai kat rumah dia & aku datang pikap sane. This time beranikan diri guna Mastercard Maybank DC sendiri sebab Fad pun dah pindah Subang nun. So kita kasi cubalah tengok OK ke tak. Risau banyak proses je pasal shipping from oversea kan. Rupanya OK je macam beli kat Lazada je haaa hewhew

Kat Next UK ni best pasal memang ada shipping ke Malaysia. Bila bukak website dia, semua harga dah tertera dalam RM. Tak perlu nak convert bagai. Shopping online macam biasa je. Easy peasy. Shipping free bila beli total barang RM150. Kalau kurang kenala shipping fee dalam RM17 gitu. Takdelah mahal sangat pun. Reasonable lagi tapi biasalah aku selagi boleh nk dapat free, usahakanlah haha. Total damage for this parcel RM152. Nampak sangat semata nak dapat shipping free kahkahh =P

By end of today or tomorrow sampailah tu kat rumah PIL. Saje guna address sana pasal usually deme ada je kat rumah. Kat rumah Ixora siang memang kosong la weekdays gini. Tak sure boleh guna company address ke tak pasal dia tulis Home address. Takut ada caj lain ke entohlah.

Apepun tak sabar nak dapat parcel. Baju Nadim je pun 6 pcs hewhew. Bila bahagikan total cost dengan baju dapatlah harga sehelai RM25. Harga baju budak yang berkualiti kat Malaysia pun lagi banyak yg mahal drp harga yg aku dapat beli kat Next ni. Kat IG shop sampai RM40-50 ++ untuk 1 set baju budak. Baik beli kat Next je pasal kualiti kain dia memang best. Basuh banyak kali pun still nampak macam baru. Berbaloi-baloi.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat