Anniversary Ke-7 - Port Dickson

Fasa holiday dah habis. Kejap je rasa kalau benda best. Yang tak bestnya masa holiday tu Nadim demam teruk pulak kali ni. Flu, cough, fever. Pakej. To date masih belum fully recover pun. Allahu...ujian utk ibu & ayah ni. Ampunkan kami ya Allah. Hati gusar & sedih dengan kesihatan anak. Sorry ye Nadim, mesti ada kekurangan ibu bab agama ni yang awak terkena tempiasnya. Like I shared before tgh iman fasa merudum. Tak boleh terbuai drag lama sangat. Ibu kena tingkatkan balik ibadat etc. Moga Allah tolong ibu. I will try my very best my son. I pray for your health & moga Allah perkenan permintaan hamba yang banyak dosa ni :"(

Basically takde xtvt ape pun kat PD ritu. Anak tak sihat so takde mood sangat nak huha. Setakat pergi makan & layan budak2 mandi swimming pool. Jalan2 tepi pantai area hotel je pon. Overall not bad gak duduk kat Corus Paradise Resort tu. Hotel dah lama tapi dia dah refurbished here and there lah.  TV & aircond dah up to date. Cuma perabot lah masih lama. Ada fridge kecik tu cukup baik dah dapat simpan EBM aku. Bilik kali ni memang terbaik pasal menghadap laut luas terbentang. View breath taking. Love. Aku booked thru agoda RM430 for 3 days 2 nights with breakfast. Ada promo masetu so rasa sangat berbaloi. Bilik ada 2 katil queen so memang muat sangat utk kami ber-5. Friendly staffs also. Makan breakfast memang best. Banyak choice. Swimming pool pun bersih & just nice. Overall might stay there again in future. 

Makan kat PD pun not bad. At night PD ni hidup sebab tempat makan dia. Banyak pilihan so pergi jelah memana InsyaAllah sedap je semuanya. Takat ni mmg tak mengecewakan lagi la semua tempat kami singgah utk makan. Harga pun pd aku reasonable lah. Standard tempat bercuti mcm tu if pricey skek pon. Ok je. Paling best jumpa Cendol PD dekat dengan bus stand PD kat bandar lama dia. Kebetulan habi drive pusing2 sesaje pastu nampak banner Cendol PD terasa nak try. Bila stop situ ramai org tgh menikmati cendol & ABC. Habi tapau & sedapnya lahai psl cendol tu buatan owner sendiri. ABC pun sedap. Bagitu sedap sampai nak balik BBST kami singgah dulu beli cendol ABC situ minum dalam kereta dlm cuaca panas tu memang heaven OK.

Sempat sopim baju budak2 kat Billion yg tgh buat Sale sama. Tu ajelah rangkuman percutian sempena tahun ke 7 perkahwinan kami. Syukur atas semuanya. Lepas ni menanti Ramadhan tiba, Raya dan jengjengjeng. Our most awaited holiday at Europe for 2 weeks. Amboi sangat hehehe....


















Moga akan ada banyak tahun lagi kami akan raikan ulangtahun perkahwinan kami. Amin.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat