Babai Sofa Lama




Lantak la gambo taknak tegak HAHAHA. Cuma nak cerita sofa berusia 7 tahun ni dah selamat berpindah pemilik malam semalam. Masa beli harganya RM1k. Setahun susut nilai RM100 so kami jual pd harga RM300 hehe. Alhamdulillah mudah je urusan ni walau ambil masa sikitlah sebab aku tak all out pun iklankan. Tengok2 post kat group FB Pddk BBST nampak ada org tanya pasal sofa second. So aku pun tepek la kat post dia tu sofa aku ni. Dingdong bla bla ckp bajet dia RM300 je. So aku pun agreed jelah sebab sofa baru dah pun tempah. Nak taknak kena kuorkan jugak sofa lama ni. Tup tup diam pulak dia hahaha. So habislah begitu saja.

Then last week tiba2 dapat noti kat FB ada org tanya ada lagi ke sofa aku tu. Maybe dia baca perbualan aku dgn tuan punye post sblm ni nmpk gaya mcm org tu tak jadi beli kan. So dia pun tanya jela. Aku pun kabo ler ada lagi. Dia tinggalkn no.fon & aku pun wassap dia. Dari wassap je kami deal & akhirnya malam semalam dia datang dengan 2 kereta & 1 lori hangkut itu sofa. Kebetulan sangat petang tu sofa baru pun sampai. Masa sofa baru sampai petang tu, kami terus keluarkan sofa lama letak kat porch kereta.

Rupanya bukan dia yg nak sofa tu tapi kakaknya yg ddk kat Bukit Pelanduk near to Port Dickson sana. Thats y ada 2 kereta sbb 2 family. Meriah kejap malam tu rumah aku dgn lori besar & kami pon bersembang berbasa basi hehehe. Alhamdulillah rezeki walau tak beriya sangat up iklan pasal sofa ni tp kalau Allah dah tetapkan rezeki dia & aku, tiada kuasa lain yg akan dapat menghalangnya =)

Aku sempat mintak halal kalau sofa tu tak menepati citarasa owner baru sekian sekian. First time kot aku jual benda besar mcm ni. Nerves pun ada huhu. Terima kasih Allah sebab permudahkan urusan kami.





Popular Posts