Fasa Out Station Sudah Berakhir

Alhamdulillah Nadim dah kebah demamnya. Malam semalam dia cranky sangat sampai melonjak lonjak badan bila aku dukung. Entah apa tak kena. Rasa kepala dia macam dedar tapi bila check suhu tak demam pulak. Aku pun keep on lah sapu krim Tropika kat perut & belakang badan dia sbb bajet dia sakit perut ke ape kan. But to no avail. Mata panda aku dia bangun 2-3 kali at awkward time. Lemau je kerja semalam tak cukop tido. Tabahkan ajelah kan. 

Then mak wassap kata Nadim demam. So aku soh mak bagi PCM 1.5ml. Rupanya memang dia nak demam eyh. Sabor ajelah. Gusar jugak hati sebab first time Nadim demam. Weekend sblm habi ke Beijing memang kami bawa dia ke Annur cucuk utk 5 bulan. Doc Ar kata mmg ada possibility demam tapi selalunya memang dia takkan demam. Agaknya ambil masa sikit sblm vaksin tu menyerap dalam badan dia. Aku pun tak pasti sangat lah pasal ni. Andaian je.

Tak sabar nak balik kerja ptg smlm sampai PC pun aku lupa shut down hehe. On the dot terus punch out & sampai rumah je Mak kata Nadim dah tak demam. Elok je dia diam memain macam biasa. Ya Allah lega sangat hati masa tu tak tau nak cakap. Mau dah dia senyum mcm biasa. Tapi sblm tu Abah kata bangun tido pkl 4ptg dia mengamok menangis tak berhenti lama jugak sampai Abah bawa dia keluar ke porch kereta baru dia diam & elok moodnya. Kesian Mak Abah tak pasal2 kena jaga anak aku tak sihat. Terima kasih byk2 sbb sudi jugak datang tolong aku handle budak2 bila habi takde walau tak berapa ikhlas pun datangnye lebih kpd terpaksa hehehe. Yang penting datang jugak ye tak?

InsyaAllah lepasni anakmu ini akan cuba berdikari & takde dah nak mintak tolong macam ni lagi. Biarlah Mak Abah aman duduk di kampung tanpa gangguan anak ini hukhuk. Mak Abah aku not a typical Atok Nenek yg sayang beriya kat cucu-cucu. Diorang biasa2 je. Kita pun tidaklah nak salahkan deme sebab biasalah perangai manusia ada pelbagai ye tak? Lagi pulak diorang tu bukannya sihat sangat dah byk sakit sana sini. Nanti kita dah tua kita pun paham kot apa yang diorang pernah rasa. Sebab tu aku sangat tak setuju kalau ibu bapa ni kita suruh mereka jaga anak2 kecil sebab pd usia diorang skrg sbnrnya sangat perlukan rehat & masa lapang.

Walau betapa pun ibu bapa kita naaaaak sangat jaga cucu-cucu, kita sbg ibu bapa ada hak utk say NO! Kita say No sebab kita sayang mereka. Kita nak mereka dapat rehat yg cukup dan boleh jalan-jalan kemana yg mereka suka tanpa risau apa-apa. Cukup cukuplah mereka dah menjaga kita masa kecil dulu. Bagilah mereka berehat dan buat apa yg diorang suka & happy. Kita sbg anak ni kenalah berdikari & bertawakkal pd Allah. Jgn bagi pelbagai alasan tak percaya pd orang lain bagai utk jaga anak kita. Sebab kita pun tahu siapa penjaga anak2 kita yg sebenarnya. Tak lain tak bukan Sang Pencipta. Dialah yang menjadikan kita & menjaga kita selamanya. Mintaklah pd Dia keselamatan semua orang yang kita sayangi walau siapa pun yg jaga mereka & walau dimana pun mereka berada. Titik.

Benda baik atau buruk semuanya berlaku dengan izin Allah. Itulah ujian & cabaran buat kita. Bagaimana cara kita menerima segalanya itulah yg diambil kira. Wallahualam.

Selesai sudah fasa habi o/s. Syukur semuanya berjalan lancar jugaklah. Tq Allah for making it easy for us. Lepas ni fasa nak celebrate our marriage anniversary yang ke-7 tahun. We really need a vacation utk reward diri sendiri & anak-anak setelah cabaran o/s ini. After that Ramadhan pun akan tiba. Tak sabar dalam debar. May Allah ease.




Video Nadim kat taska hehe. Cebik cebik comey.


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat