Oh My Nadim



Muka siriyus huhu. Kesian sangat Nadim ni bila tak sihat. Susah hati lahai aku ni gaknye faktor usia sama kot hati tu jadi makin tisu. Tak ingat la pulak masa Naurah Nazif aku sesusah hati mcm ke Nadim ni. Tu yg bajet faktor usia jelah memainkan peranan. Makin tua orang kata kan makin lembut hati gitu. Makin kurang nak marah-marah. Kalau perubahan yang elok takpelah. Jgn buang tebiat jadi makin hampeh pulak ork.

Faktor usia ni sangat memainkan peranan la bila ada anak kecik ni. Badan dah tak kuat, tak macam masa bersalinkan Naurah dulu cargas aje berjaga malam pun. Masa Nazif pun boleh tahan lagilah tenaga tu. Tapi masa Nadim ni aku ngaku lah sokmo pancit hahaha. Dia punya letih tu payah nak cakap. Dalam kereta pergi balik kerja skrg sllunya memang aku membute je tak ingat ape. Mana ada masa terluang, bantai tido nak cas balik tenaga yg hilang bila kat rumah tu.

Nadim just like his sister & brother, baby cani memang jenis tido awal. Sblm pkl 9pm selalu dah sadaqallah. Since aku pemegang mohor besar menidurkan anak bila baby ni, dgn aku aku sekali terlajak membute. But usually after 2/3 hours aku akan bangun semula utk mandi, solat & pumping milk. Sebelum ni gagah jugak turun bawah settlekan dapur basuh pinggan, botol ebm bagai. But lately dah tak daya. Penat. So tunggu esok pagi la baru basuh. Tak basuh kang takde botol pulak nak bawak opis letak ebm. Laju2 jelah basuh kalau kedek2 kang punch card merah lagi. Haihhhh....

Dan Nadim ni manja kededek budaknya. Especially dengan aku lah kan. Dgr suara aku pun dah mencebik bibir mencari. Belum tengok muka lagi tu haha. Comel sangat. Cuma yelah penat omak ni ha nak buat itu ini dgn anak yg clingy lagi. Canelah aku x flat kalau banyak naw halnya nak cater. Bab rumah lain, anak lain. Sllu aku bg priority pd anak2 lah dulu after that baru hal rumah. Sebbaek habi pun takde nk bising klu kerja rumah aku sllu tak siap. Kalau dpt laki jenis tak paham mmg payah lah. Bertambah beban kat otak jadinya.

Nadim ni jugak sangat susah makan ubat. Sokmo muntah pastu kena jugak paksa makan sekali lagi kan? Kalau tak makan ubat cane nak baik cepat nak. Walau hati aku ni sayu sangat nak paksa dia makan tapi kena kuatkan diri jugaklah. Dulu masa Naurah Nazif aku boleh je hati kering paksa makan ubat. Well, sbnrnya diorang pun tak susah sangat nak makan ubat. So takdelah aku hati tisu sangat macam dengan Nadim ni. Dlm bbrp tahun dah nampak perubahan lagi pd hati aku. Aihh tua suda...

Kalau ikotkan diri mmg rasa tak mampu dah nak tambah anak lagi. Kudrat dah takde. Aku ni dahlah ada 1 peel bila penat sangat mulalah nak marah marah tak tentu pasal. Kesian kat suami & anak2 kena hadap muka & suara singa aku hahaha. Not good eyh. So kita pun paham keterbatasan diri kita, so rasa cukuplah 3 anak dah selain drp faktor kesihatan aku yg tak berapa nak OK ni kan. Cuma itulah kita cuma merancang tp rancangan Allah pasti lebih baik utk kami kalau ianya tak sama dengan yg kita mahukan. Aku sentiasa open bila ingat tentang kuasa Allah yang maha hebat itu. Takde nak pertikai apa sangat dah. Ya, maybe take times to accept it but I won't let it bugging my head for a long time. Redha tu lebih mudah drp berkeluh kesah. InsyaAllah.

As usual tiap bulan tertunggu je period datang. Bila datang je lega gila kot huhu.







Popular Posts