Telekung Naurah di Butik Nurhannah



Ngam ngam dengan Naurah telekung lycra ni. RM35 beli kat Butik Nurhannah kat Ayer8. Ritu dating kejap dengan habi kat sane. Lepak minom minom dekat Papa Rich masa amek half day lepas bawa Nadim & Nazim jumpa paed Annur Dr. Ar. Ada lagi 2 jam sblm kena punch in so ajak habi ke Ayer8 sbb tak pernah pergi lagi.  Tak banyak kedai lagi situ. But look promising la. Dah banyak sok memang makan jem la jawabnye.

Lepas habis melepak singgah Butik Nurhannah dgn tujuan nak belikan Naurah tudung baru. Dapat grab 2 helai utk dia pakai ke kindy & nampak pulak telekung ni. Teringat dia pernah request nak telekung sbb nak solat sama-sama. Dia ada 1 telekung beli kat Medan back at 2012. Tapi telekungnya tak bape best. Area muka tu pelik je hehe. So beli jelah 1 telekung yg selesa utk dia. Senang nak solat sama-sama lepas ni.

Elok je muat kat bahagian muka tu. Kain lycra pun jenis yg berkualiti & sejuk. Recommended if nak belikan utk anak-anak korang yg lebih kurang sebaya Naurah. Saiz dia je yang ada. Lain takde. Harap maklongggg.




Popular Posts