Skip to main content

Update Marathon

Tiba2 je banyak membeli barang rumah. Dimulakan dengan cat rumah yg telah diselesaikan oleh Abah. Dalam rumah jelah yer & itupun tak semua dinding. Pastu cat pintu depan tu sekali utk hapuskan kesan lukisan Naurah & Nazif. Pintu kaler white pearl mmg senang nampak kotor ye tak? Saje bagi Abah xtvt masa dia & mak datang rumah aku time habi o/s Beijing ritu. Kemain happy Naurah kata lawa lah rumah kita. Nampak naw sebelum ni tak lawa eyh. Haha.

Hoyeayh langsir kat Kamdar pun dah siap & selamat diambil. Yang tu tunggu nak Raya lah baru pasang. Melampau naw nak pasang skrg walau dalam hati aku ni sbnrnya tak sabar nak soh habi pasang kehkeh. Kutahan jebat napsu itu. Sabarrrr

And then kami dah tempah sofa baru hehehe. After 7 years akhirnya bertukar pun sofa. Itupun sebab sofa jenis fabric, so sponge dah masuk kedalam bila duduk. Tenggelam bontot rasa macam giant sangat aku ni haha. Plus dah ada yg koyak sikitlah here & there. This time around kami pilih casa leather menggantikan fabric. Jadilah 80% leather pun sebab nak beli full leather bajet adalah tak mencukupi. Biasalah nak dekat Raya banyak kedai perabot buat Sale. Kami beli kat kedai dlm Tesco Nilai tu je. Sofa dulu harga RM1k. Kali ni naik harga sekali ganda drp dulu. Tu pun beli yang 2+3 seater je.

Akhirnya ada juga benda besar yang dibeli hasil rezeki insentif staf year 2015 & back dated increment. Tidaklah duit tu habis begitu saja tak nampak apa-apa kan? Aku cukup ralat kalau tak dapat beli benda pape sbg tanda lebihan rezeki Allah bagi tu. Nak simpan, Allah...sudah sudahlah dgn menyimpan tu. Cubalah sekali sekala reward diri kita ye tak? Kalau ikot habi memang semuanya dia nak simpan. Aku pulak terbalik. Hahaha =P

Dan yang terakhir sekali akhirnya habi setuju jugak nak pasang aircond dekat hall rumah tu. Ini memandangkan Abah Mak suka tido kat situ kalau datang bertandang. Same goes to my other siblings. Yelah tido depan TV sape yg tak suka. Tabiat paling best masa bujang dulu. Tgk TV sampai akhirnya TV tengok kita agaga. Beli aircond murah je kat Lazada brand Hisense 1.5HP R430A. Sabtu ni baru orang datang nak install slps bbrp kejadian yang menyakitkan hati & malas nk cerita kt sini huhu. Harap org kali ni jenis menepati janji. Amin. So basically beli aircond ni utk keselesaan tetamu yg bertandang aje. Menghormati tetamu & melayan dengan baik pun digalakkan juga ye tak? Hehe.

Aaa tak sabar sbnrnya nak celebrate anniversary ke-7 kami. At last due to habi request taknak pergi tempat yg jauh2 sbb penat nak drive plus cost etc, aku pun sbg isteri solehah akur jelah & akhirnya pilih Port Dickson sbg destinasi kali ni. Memang dekat sangat OK haha. 40 minit je boleh sampai lalu jalan lama. Tak masalah kalau takde aral. Since Melaka asyik la terbayang jem kat bandar tu. So pilih jelah PD yang pd aku not bad jugak. Last time ke PD on 2014 & semua tempat makan yg kami terjah sedap-sedap belaka. Tak sangka pulak foods kat PD pun ada yang sedap2. So kita repeat ajelah lagi sekali. Asal dapat lari kejap drp life rutin skrg ni, cukup syukur dah la. Dpt reward anak2 main pool & beach, asal deme happy, kami pun happy.

Sekian, update marathon.


Bile entah nak mengesot kedepan budak ni. Dok depang2 tangan dia gitu ajelah macam nak terbang hahaha. Awak bukan burung yer dik nak terbang terbang. Apetah lagi lipas..euwwww






Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…