Skip to main content

Autumnz Steam & Blend Baby Food




Biasalah aku mudah tergoda. Tak kira lah anak keberapa pun tahap keterujaan tu tetap sama. Orang kata kalau dah rasa taknak tambah anak lagi, tak perlulah nak beli lagi barang2 baby dengan beriya. Pakai yang ada pun dah cukup. Tapi aku x boleh la macam tu. Excitement utk anak2 tu sentiasa ada. Dan aku tak rasa pun beli benda mcm ni membazir sebab bila dah taknak guna sok boleh bagi pada anak buah or sedekah jelah pada sesape yg memerlukan. Paling cikai pon boleh let go as preloved item. Tak masalah pun kan?

Review tentang produk Autumnz ni pada aku worth to buy. Memang mudah sangat potong kecik2 macam dalam gambar tu, pusing knob pd steam & bila dah lembut boleh pusing knob pd blend and taraaa...siap dah jadi puri labu. Tak perlu nak pindah labu tu kat tempat lain pun. Easy peasy kan?

Cuma Nadim at 6m+ ni masih tak berminat nak makan. Ngadu kat paed dia Dr. Ar ritu & kata doc tekak dia belum ready utk swallow benda yang bukan susu/cecair. But I have to keep on trying lah from time to time until he's ready. Hari ni first day aku bekalkan dia puri bubur nasi+blended bilis after semalam tanya owner taska tentang appetite Nadim. Dia kata mmg Nadim tak berapa nak makan bila dia try suap2 tapi dia pun soh je bekalkan puri & dia akan try bagi jugak lah.

Berat Nadim dah 3 bulan tak naik. Statik 6.7-6.8kg macam tu je. Nampak memang dobot tapi mak dah start risau lah. Doc kata OK je lagi sbb masih dalam garis normal. Harap tak lama lagi dia dah ready lah nak makan solid. Macam2 dah mak awak beli utk start solid food awak ni. Beras blended, bilis blended, chicken stock..semua dah ada. Cuba makan yer Nadim.





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…