Skip to main content

Puasa Tahun Ini





Maap lah yer pagi pagi dah tepek gambo makanan hehe. Nak cerita pasal rutin family kami utk Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah before 6pm selalunya kami dah tiba kat rumah slps pick up budak-budak. Lepas solat Asar, mulalah bersilat kat dapur masak juadah utk berbuka & merangkap sahur sekali. Kali ni habi ambil alih tugas memasak & aku jaga 3 orang anak. Semalam try tukar peranan & hasilnya si Nadim tu asyiklah menangis dijaga ayahnye. Biasalah habi mane reti sangat handle baby. So aku rasa lepasni biar jelah habi je yg masak & aku stick jaga budak-budak. Lagi aman macam tu kot rumah hahaha

Since we don't go to Bazar Ramadhan just like the previous year, tapi tekak teringin nak makan macam-macam terutamanya desserts. Mood rajin aku pun datang nak buat desserts yg simple macam Sagu Gula Melaka & Taufufa from soya kotak dalam pic diatas. Ada lagi 1 misi Unbake Manggo Cheese Cake belum sempat nak buat, Bahan semua dah ada. Malam nanti InsyaAllah pasal desserts yang dlm pic tu dah habis huhu. Aku & habi memang penggemar desserts. Aku boleh tahan x minum air manis tapi bab desserts ni mmg menduga keimanan sangat huhu. Payah.

And we noticed Naurah & Nazif makan berselera sangat bila kami suap sebelum waktu iftar dengan home cooked food. Kalau beli makanan like the usual day yg bukan bulan puasa sokmo la deme taknak makan or makan ala kadar je. So aku rasa diorang ni sebenarnya lagi suka makanan dimasak kat rumah tapi tak reti nak cakap je. Masalahnye bukan kami taknak masak tapi selalunya mmg tak sempat pasal kerja habi yg tak tentu masa tu. Kadang lepas Maghrib baru nak bertolak balik dari office. Tu pasal lebih praktikal kalau beli je. Kesian kamu anak-anak....hmm....what to do?

So bila tiba bulan Ramadan ni, kesempatan balik awal mmg kami gunakan sepenuhnya utk memasak. Tak terlior lagi nak singgah Bazar Ramadan sebab 11 bulan dlm setahun dah jenuh makan masakan kedai. Kami muak. We want home cooked dishes huhu. Masak dengan kasih sayang. Makan dengan puas. Nikmat yg sukar disangkal di bulan yg mulia ini.










Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…