Rezeki Allah Yang Bagi






Suami yang baik & penyayang. Anak-anak yang sihat & comel. Kehidupan yg sederhana. Apa lagi yg aku nak dalam hidup ni? Betapa banyak nikmat yg Allah dah bagi pada aku, tapi apa pula balasan aku kepada Allah. Memang malu kalau fikir tentang benda ni. Betapa lemahnya iman dalam diri dan betapa belum kuat lagi aku sbg seorang muslim utk menjadi hamba yg bersyukur kepadaNya. Tak layak pun kalau difikirkan utk aku mendapat semua nikmat tu kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku bagi semula kepada Tuhan. 

Tapi tetappppp Tuhan itu maha Pengasih & Penyayang. Dia masih lagi bagi aku semua nikmat yg ada sekarang. Sangat malu kan? Aku mengaku aku hambaNya yg lemah. Aku minta Dia bagi aku kekuatan utk jadi hambaNya yang kuat. Aku sbg seorang manusia dah takde daya walau sentiasa mencuba. InsyaAllah memang takkan pernah mengaku kalah utk sentiasa cuba jadi hambaNya yang diredhai. Sentiasa cita2 tu tersemat didalam hati. Usaha dan terus berusaha.

Cuma aku mintak Allah tak bosan dengan aku yang sering turun naik imannya ni. Moga Allah tak jelak memandang muka aku yang tak malu selalu sangat meminta minta itu dan ini. Serasa tak layak menghadapkan wajah ini kepadaNya. Tapi aku akan terus juga menghadapMu ya Allah kerana itulah yang Kau mahukan daripada semua hambaMu. Kerana Kau Tuhan yang tiada cacat & celanya walaupun tidak disembah oleh manusia. Engkau tidak berkehendakkan akan kami apa2 sedangkan kamilah yang sangat berkehendakkan pertolonganMu.

Ya Allah, berikanlah kesudahan yg baik utk kami. Pertemukan kami semua di akhirat kelak dalam suasana gembira di Jannah Mu. Amin ya rabbal alamin.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat