Skip to main content

Rutin Harian Tahun Depan

Selesai dah 1 perkara perihal sekolah Naurah. Mudah kerja pasal fikir tentang 1 sekolah aje. Tak perlu nak pening sek keb & sek agama. Itulah antara kelebihan masuk sekolah SRAI ni. Subjek agama & biasa dah cover sekali. Persekolahan start pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Pagi memang kamilah yg akan hantar. Petang tu ada van akan ambil Naurah & kawan2 kindy skrg yg memang dah bersekolah kat sana utk transit di kindy sementara tunggu kami balik kerja.

Ok la pasal dah ada kawan2 yg dia kenal kat sekolah tu kan. Balik sekolah sama2 boleh buat homework dulu sementara kami ambil. Malam dah boleh rehat tak payah bukak buku. Nazif tahun depan dah 4 tahun. Kami decide nak hantar dia kindy jugak macam Naurah start masuk 4 tahun. Cuma kali ni nak hantar ke Taski Abim yg juga berasaskan islamik kindy sebab dah kawtim dengan owner taska Nazif skrg utk tolong pikap dia tengahari lepas habis waktu belajar bawa ke taska. Dekat je taska tu dengan Taski Abim ni dalam 2 minit sampai dah. 

Setiap pagi memang kami lalu Taski Abim tu utk ke taska hantar the boys. Tahun depan laluan pagi kami dah kuranglah jadi 1 laluan je. Senang. Mula2 hantar Nazif, pastu Nadim & last sekali Naurah ke SRAI. Pit stop yang mengikut turutan. Cuma waktu keluar dari rumah perlu seawal 7 pagi sebab Naurah start sek pukul 7.30 pagi. Makin awal la nampaknya sampai office bila anak2 dah start sekolah ni kan. Takde masalah punch kad merah dah next year. Mudah mudahan.

Laluan waktu petang kami je yg masih sama. OK tetibe dapat idea kawtim dengan driver van hantar Naurah ke taska the boys after balik sekolah. So kami tetap tuju 1 tempat yg sama je waktu balik. Tak terfikir pulak tadi hehehe. Kalau OK mmg makin mudah la urusan kami. InsyaAllah. Moga dipermudah.

Inilah fasa hidup manusia kan. Dari bujang, berkahwin, ada anak & anak dah sekolah pastu dah besar kerja tak lama nak kahwin pulak. Allah ya Allah....moga seiring dengan fasa ni semua, kami tak lalai dalam mengerjakan ibadat kepadaNya. Sentiasa balance kan atr akhirat & dunia. Jangan leka. Dalam kesibukkan hidup perlu ada masa utk Allah juga. Mohon Allah bagi kekuatan & tunjukkan jalan.


The boys

Haywire HAHAHA




Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…