Selamat Berpuasa!

Salam 2 Ramadhan. Sekejap je dah jumpa lagi bulan mulia ni. Ingat lagi tahun lepas di malam pertama yg esoknya nak start puasa dah, kami berbondong anak beranak balik Semenyih due to Naurah Henoch Schonlein Purpura (HSP) disease yang makin agresif menunjukkan belangnya. Radang pembuluh darah nama ringkasnya supaya senang paham. Ujian drp Allah utk kami sekeluarga waktu tu. Syukurlah ada family in law yang dekat & supportive. Dengan aku tengah mengandungkan Nadim waktu tu, memang menguji sangat. Allah sayang kami. Alhamdulillah as time passed by, akhirnya Naurah pulih sepenuhnya drp HSP. It took her about 6 months jugaklah utk fully recover. Harap takkan jumpe lagi dah penyakit jahat tu. Amin.

Ramadhan 1437H ni pulak kami sambut pertama kali 5 sekeluarga. Ala kadar ajelah since makan iftar pun kena bergilir. Maklumlah ada baby kan. Peranan memasak pun dah bertukar tangan. Untung ada suami yang pandai memasak & rajin. Kalau pandai tapi tak rajin tak gune jugak kan hahaha. So tugas aku jaga budak2 while habi memasak. Even dah jarang memasak, sedap je masakkan habi tu. Jeles pulak rasanya. Aku bila lama tak masak mmg amek masa nak dapat skill tu balik. Hampeh. 

OK lah tetibe takde idea nak bebel apa. Selamat berpuasa!


Popular Posts