Doakan Kami!

Ada 3 minit sebelum meeting AJK Townhall meeting on 2nd August nanti. Sempat lagi kau. Hahaha. Nak kabo dah check in semua orang sesiap tadi. Alhamdulillah takde masalah pape. Dah print boarding pass. Petang ni nak singgah mall kejap cari teats Avent Nadim dah berlobang besar entah tikus mane gigit. Pastu balik Semenyih pack up & balik BBST. Pagi esok pukul 6pagi dah kena keluar rumah naik kereta ke ERL Salak Tinggi naik KLIA Express. Kereta tinggal sane nanti BIL datang pick up bawa balik Semenyih utk keselamatan. Takot pasal nak tinggal lama kan.

Kami akan berjumpa dengan Kak Ya, Mak Abah & Hirraz yg datang all the way from Johor kat airport saje. Kak Ya mmg dah ada kat KL since Selasa ritu. Biasalah mak datang dengan bekalan nasi impit segera & rendangnya. Kami kan tak berjumpa Syawal yg lepas kes Nadim warded semula kat Columbia Asia Seremban. Tak sempat nak cerita pasal tu. Maaflah buzy sangat nak cuti panjang ni kan. Till then, doakan perjalanan kami dipermudahkan & selamat pergi balik. Terima kasih in advanced.

Rabbi yassir wala tuassir. Rabbi tamim fi khair.

K orang dah call soh masuk meeting hahaha. Moga jumpa lagi, InsyaAllah :)

Selamat Hari Raya. Maaf atas salah silap.




Popular Posts