Raya & AMS

Camner persiapan menyambut Syawal korang tahun ni? Mesti sakan sopim ork. Eyh macam cakap kat diri sendiri pulak rasanya ekekek. Tahun ni akhir Syaaban & awal Ramadan kami dah start sopim beli baju bajan dan kasut raya. Syukurlah ada rezeki habi dapat duit buat kerja luar, so most of the expenses mmg dia yang payung. Kemain lagi aku merembat baju budak2 tak tengok price tag kau! Rasa macam orang kaya sekejap pastu rasa ralat bila tau ada kemeja girly Naurah satu tu rege sampai RM119. Gilo ah. Rasa nak nangis tapi malas haha. Lesson learnt. Kaya macam mana sekalipun sila pastikan apa yg kita beli tu berbaloi dengan harganya. Kemeja Naurah tu aku nak soh dia pakai setiap bulan sekali selama setahun HAHA.

Sakan skek kami atas rezeki yg Allah bagi tiba tepat pada masanya & macam balas dendam pasal last year kan Naurah kena HSP on Ramadan. So mood beraya mmg kelaot dalam. Dgn aku yg tgh pregykan Nadim waktu tu, mmg turn OFF la pasal serba serbi malas jadinya. Well, aku & malas berpisah tiada bila waktu pregnant huhu. Plus beli baju2 ni semua nak buat pakai jalan2 kat Amsterdam sok sama lah. Naik kerja lepas cuti Raya 4 hari je, then on Saturday 16/7 kami akan berlepas ke Dubai transit kat sana 2jam & teruskan perjalanan ke Schipol AMS. Kami pertama kali naik flight Emirates. 

Aku terfikir nanti nak buat Live update utk blog masa pengalaman dari naik flight sampailah kesana. Tengoklah yer camne. Maybe seronok sangat jadi lupa pulak nak update haha. We'll see. Bercampur aduk lagi perasaan nak kesana. Happy, Excited, Nervous, Afraid semuanya ada lah atas sebab2 tertentu. This is our first time handling 3 kids in a long hours flight. Baby, toddler & kid. Lengkap semua. Naurah, InsyaAllah tak masalah. Pandai dah handle diri cuma bab potpet dok tanya2 bila gegar ke ape tu yg kena salotep skek mulut dia. Hahaha.  Buat orang lain seram sama je taw.

Nazif tu agak sukar sikitlah. Kalau dia buat tantrum, mau kecoh 1 flight dgn onar dia. Kena siap sedia dengan apa2 cara yg boleh melekakan dia sikit. Kalau dia tido spjg perjalanan pun bagus hahaha. Nadim pun aku seram jgk even dia baby yg quite behave. Manelah tawu kan kat atas sane tu lain suasananya. Aihh nebes sangatttt lah mikir bab ni.

Eh melalut banyak pulak. Pdhal nak cerita pasal Raya haha. Tahun ni beraya kat Semenyih dulu. So laki bini keje sampai ke hari terakhir sblm Raya pertama lah as usual. Kalau balik Johor je kami cuti awal sebab nak merasa Puasa kat sana bbrp hari. Naurah hari ni tumpang taska the boys sehari dgn bayaran RM30. Pasal July mmg kami takkan hantar dh dia ke kindy. Jimat duit fee kindy+daycare ehehe. Nazif & Nadim pun kami takkan hantar sebulan tu juga. Tp since deme mmg anak2 kat situ, so free je owner taska tak berkira. 

Isnin & Selasa next week PIL lah jaga kat Semenyih sane. Kami pun berulang alik kerja 2 hari tu dr sane je. Kompem dah mcm tak kerja dtg office. Semua dah dalam mood raya. Bos pon dah cuti next week. Melangut ajelah badan kat opis tp fikiran dah melayang tah mane2.








Gambar rawak je. Haha. Asal ado.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat