Di Belakang Tabir Misi Holland 2016

Sorilah aku takde mood lagi nak sambung entry kat Holland. Kita berehat sebentar lah yer drp cerita2 aktiviti aku kat sana. Tak banyak pun lagi ada lagi bbrp hari sebelum balik ke Malaysia. Hari ni aku nak bebel pasal biasalah...my thoughts hehe. Just want to let some things out from my mind. To share it here so I can feel relieved that I let it out. Masih berkisar tentang kat sana tapi in a different method la.

Nak tahu tak, sejak balik daripada Holland, aku terasa sangat negara deme tu dekat dihati. Ewah. The people are nice, the weather is good, the environment is peaceful. Ahh tersangatlah rasa aman damai masa kat sana. Further more aku datang untuk bercuti kan. So otak langsung tak fikir pasal kena pergi kerja. Its a blessed feeling I experienced over there. Otak pun pun tak serabut fikir pasal anak-anak let say lah kalau diorang tak follow kan. Suami & anak-anak depan mata pastu tak perlu kerja. Oh gosh. What a great life it would be kalau memang begitu selamanya huhu.

Hari demi hari dilalui dengan penuh bersemangat. Looking forward for the next day. Gitu lah kalau kata orang putih. Macam Kak Ya yg memang duduk sana, kerja sana, pulak duduk sorang2, pastinya tak sama perasaan mcm apa yg aku rasa. Betul tak? Fikir logik ajelah kan. Tapi aku dapat rasa yg Kak Ya pun enjoyed kerja kat sana even dia sorang2. Relax2 je tak perlu fikir banyak selain waktu kat office lah kan. Balik rumah je relax having her ME time. Beza sangat dgn life dia kat KL sebelum ni. Duduk dengan family abang aku sekali kan. Biasalah ada budak2 rumah pun tak boleh nak kemas selalu. Semak. Kadang orang yg single ni akan rasa annoyed lah kan. Kite sendiri yg ada anak ni pun kdg stress rumah bersepah, bising dsb. So its a normal feeling lah.

But once in a while menerima tetamu like us 1 family would be a great time for her. Seronok layan anak buah yg macam2 peel tapi comel (nak jugak tulis kahkah). Seronok main masak2 dengan adiknya yg poyo sekali skala ni (ye ker?). Seronok explore tempat2 yg dia sendiri masih belum pernah jejak kat sana. Dan banyak lagilah kot. Kami pulak lagilaaaaaahhh seronok dapat kesana kan. Tak pernah terfikir pun dapat kesana kalau tak sebab Kak Ya ni. Rezeki dia, kami menumpang sama. What a blessed. Alhamdulillah. Tuhan yg maha Pengasih, Penyayang & Pemurah.

Yang paling menjadi halangan besar utk kami lebih awal datang kesana ialah kekangan DUIT. Allah ya Allah, sejujurnya kami suami isteri ni total income keduanya jatuh paras low income hidup di bandar ni. Habi cuma eksekutif biasa. Aku pulak level non-exec. Secara kasarnya memang orang tengok pun tau tak mampu sampai nak pergi bercuti ke Europe sana. Tapi itulah nak cerita, kuasa Allah. Kalau Dia kata pergi! Maka pergilah kami. Sama juga keadaannya for habi & me back at 2014 bila dapat jemputan menunaikan umrah di Tanah Suci. Ianya rezeki yang datang secara tiba-tiba.

Nak tau berapa belanja tiket flight kami sekeluarga kesana? Its nearly RM13,000. Yes, its RM13k. Can you imagine how on earth kami dapat kumpul duit sebanyak tu dengan gaji yang ala-ala tu. Kalau la retis macam Rozita Che Wan, jutawan like Dato' Alif Syukri pergi bercuti kesana, it won't be a big deal right? Kita pun tahu rezeki duit mereka tu bagaimana Allah dah tetapkan. Tapi untuk kami yg bukan siapa2 malah kerja pun biasa2, of course ada tanda tanya disitu bagi ramai orang disekeliling kami.

A big thanks to once again my generous sister Kak Ya yang menjadikan segalanya menjadi kenyataan. Dialah rezeki terbesar bagi kami adik beradik & mak abah. What a successful person she is in her career & what a good heart that is so generous towards other peoples around her. She sponsored our  3 beautiful kids for the ticket flights so that aku & habi boleh fokus kumpul duit utk tiket flights kami. Yes, thats how we are be able to go to Holland & visited her a couple of weeks ago =)

And for the expenses over there, aku & habi both keluarkan simpanan kami RM2,500 each. So kami kesana dengan Euro 1 thousand & alhamdulillah its more than enough. Semua yang dihajati dapat beli, siap ada balance so tukar balik ke RM dapat la tampung belanja sane sini sikit.

Yaa...akhirnya dapat pun tulis pasal ni. So now takde tanda tanya dah kan camne kami boleh mampu pergi sane? Hehehe. Itulah namanya rezeki kan. Allah bagi dengan pelbagai cara kepada setiap yang bernyawa kat dunia ni. Kadang aku sampai rasa malu kat Dia sebab kite ni ibadat tak banyak mana, tapi Allah bagi macam2 rezeki yang tak terduga. Sebab tulah rasa kena kuat semangat buat ibadat selagi daya sbg tanda bersyukur & berterima kasih.

Itulah dia 1 event yang besar bagi kami sekeluarga utk tahun 2016 yang makin hampir ke penghujungnya ni. Kami jugak tak lepas dari ujian kesukaran contohnya dengan Nadim warded 2 kali dalam masa sebulan di hospital due to lung infection/bronchitis right before we went to Holland. Itulah namanya kehidupan. Ada ups & downs selagi hidup. Bila susah kita ingat Allah, bila senang lagilah kena ingat Allah. Dialah pengatur kehidupan hambaNya yang terbaik. Apa yg kita perlu buat hanyalah teruskan beribadat & keep on doa. Sentiasa bersangka baik pada Dia. Berbaik sangka pada sesama manusia. Jadilah manusia yang berbudi tak kira pada siapa. Selalulah hulurkan sedekah pd yg memerlukan. Berbuat baik sesama manusia & haiwan. InsyaAllah, Dia akan sentiasa jaga kita dari segenap sudut.

Not to forget kawan2 geng wassap bloggers & ex-bloggers yang banyak bagi semangat & nasihat dalam misi Holland ni. You guys are rawks!!

Aku akhiri dengan quote penguat semangat paling berkesan pd diri aku.

"JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGAMU".


Visiting Kak Ya's office =)

Thank you so much sister. I will always pray for you & hope that Allah reward you for all your kindness





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat