Misi Rotterdam : Amsterdam City

Lorhh...entry hari ni rupanya untuk hari Isnin 25 July masa kat sana. Banyak hari lagi meh? Hahaha. Sebenarnya aku pun dah lost count untuk hari ni. Main cerita ikut turutan gambar yang aku snap kat sane je. Sekali tengok2 tadi baru 2nd week hari Isnin punye cerita. Sabor ajelah. Rasa macam dah banyak entry dah buat. Tapi ni petanda baik jugaklah. Kira kami spend masa kat sana sepenuhnya. Seingat aku ada sehari je Selasa esoknya tu yang kami tak kemana selain padang depan rumah & supermarket Albert Heijn kat bawah apartment tu. 1 hari cuti setelah berhari-hari non stop pergi berjalan naik tram, metro & train. Kasi kaki berehat sebab kat sana makan banyak mmg tak gemok pasal berjalan banyak hewhew. I loike. So tau dah taktik kalau nak menten badan =P

Hari Isnin Kak Ya malas pergi kerja haha. Dia kata takde urgent task, so boleh buat kerja dari rumah jelah malam2 karang kalau rajin hewhew. Dia boss maaa...apedehal nak decide gitu kan. Lainla mcm kite ni keje kuli pape kena tanya bos jugak. So Kak Ya tanya nak pergi mana? Marilah kita ke ibu negeri Netherlands iaitu Amsterdam. So nak kesana ni kami kena naik train. Makan masa 40 minit jugaklah from Rotterdam Centraal tu.

Nadim takde perasaan hahaha


Bebas berlari



Pandai usha souvenir jugak bdk2 ni


Kenangan 1 family

Baju hashtag murahan aku beli pn dia pakai kt sane. Love.

Biasalah tak sah kalau outing tak buat perangai cantik dia tu


Landasan tram bersimpang siur

Rambut kejung dek kesejukkan

Kak Ya ajak naik bot itulah. Malas. Next....

Happy

Pakai sweater bila dah tak tahan sejuk

Ok. Jom balik

Tengok timing train balik Rotterdam

Tak banyak nak cerita pun pasal pergi Amsterdam ni. Setakat nak sampai la orang kata. Tujuan utama adalah beli souvenirs which is kami spend almost 200 euro utk orang2 terdekat kami & biasalah habi beli shirt Hard Rock. Sampai2 je pergi Hard Rock dulu lepastu patah balik city & jalan2 situ jelah beli souvenirs (kat sini ada dalam 1jam aku & habi spend time memilih huhu) & see around. Kak Ya ajak naik bot selusur dem tu tapi malas lah pulok huhuhu. Tak berminat sangat. 

So jalan2 around city jelah lepas dah penat, balik rumah tido. Kahkahh. Sekian entry paling tak membina setakat ni =P





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat